Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 4 Februari 2010

Analisis:DUN Perak bakal dibubar? PR-BN mula gerakkan jentera

Politik mula bergolak di negeri Perak berikutan desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri sejak kebelakangan ini. Pada hakikatnya, khabar angin ini tersebar sejak rampasan kuasa pada 6 Februari 2009. Tetapi, pengalaman lalu yang berakhir dengan "satu lagi pembohongan", telah menghakis harapan orang ramai. Namun, kemungkinan khabar angin ini menjadi kenyataan amat tinggi untuk kali ini.
Mahkamah Persekutuan bakal mengumumkan penghakiman terhadap kes "Menteri Besar Perak yang sah" pada 9 Februari yang akan datang. Ini merupakan saluran terakhir Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) di Perak, Mohd. Nizar Jamaluddin (gambar kiri) untuk merayu melalui sistem kehakiman sejak dilucutkan dari jawatannya.
Seandainya Mahkamah Persekutuan menyetujui penghakiman Mahkamah Rayuan, maka Menteri Besar Barisan Nasional, Zambry Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah. Maka, Nizar Jamaluddin gagal memulihkan jawatannya sebagai Menteri Besar melalui saluran kehakiman yang lain. Sebaliknya, seandainya Mahkamah Persekutuan menolak penghakiman Mahkamah Rayuan, Nizar Jamaluddin akan kembali menjadi Menteri Besar.
Menurut maklumat dari sumber PR, penghakiman oleh lima orang panel ini memihak kepada PR. Oleh itu, PR yakin bahawa mereka akan menang dalam perbicaraan ini, malah berjanji akan menghadap Sultan untuk memohon agar DUN dibubarkan.

Pengumuman langkah BN yang mesra rakyat
BN dikhabarkan tidak mempunyai keyakinan penuh untuk menang dalam kes ini. Lebih-lebih lagi BN dikatakan berniat untuk membubarkan DUN, tetapi menunggu saat-saat yang terbaik. Situasi ini menjurus kepada peningkatan kemungkinan pembubaran DUN.
Oleh kerana niatnya untuk memburu kesempatan terbaik agar mengembalikan sokongan rakyat, BN terpaksa mengakur kepada hasrat rakyat sejak rampasan kuasa. Selain pengumuman langkah-langkah yang "mesra rakyat", kerajaan BN sanggup memberi laluan dalam isu yang dibantah atau diperjuangkan oleh rakyatnya. Setidak-tidaknya, ini jarang berlaku semasa zaman pemerintahan kerajaan negeri BN dahulu.
Kebelakangan ini, pengumuman peruntukan dana, tanah menjadi lebih kerap daripada kerajaan negeri BN, malah memperlihatkan keberkesanan yang tinggi. Segala-gala ini merupakan cubaan untuk menawan hati rakyat.
Bukan itu sahaja, BN yang kini memegang kuasa untuk membubarkan DUN, mengambil sikap yang lain daripada dahulu, ketika berdepan dengan khabar pembubaran DUN kali ini. Ramai pemimpin memberi reaksi secara berasingan, bahawa "khabar angin ini diada-adakan oleh PR", "dakwaan yang menghina mahkamah". Bahkan, EXCO kerajaan negeri BN, Hamidah Osman mengadakan sidang media khas untuk memberi reaksi kepada khabar angin ini.
MCA bersungguh-sungguh mengembalikan kerusi
Satu lagi hujah mendakwa bahawa parti komponen BN mahu membubarkan DUN, tetapi tidak dipersetujui sesetengah pemimpin UMNO. Untuk MCA yang hanya tinggal dengan satu kerusi, Gerakan dan MIC yang tidak mendapat satu kerusi pun dalam PRU ke-12, menganggap hanya dengan pembubaran DUN, barulah mereka berpeluang untuk mendapatkan lebih kerusi.
Khabar angin di atas belum pasti kebenarannya. Yang pastinya, kedua-dua pihak BN dan PR telah mula menggerakkan jentera kempen untuk pilihan raya, sebagai persiapan seandainya PR diputuskan menang oleh Mahkamah Persekutuan, dan pembubaran DUN yang menyusul selepasnya.
Pemimpin BN peringkat pusat akan melawat ke Perak untuk menunjuk kekuatan, setiap kali khabar pembubaran DUN tersebar, terutamanya pemimpin MCA yang akan mengunjungi "kubu" mereka, menunjukkan kesungguhan untuk merampas kembali kerusi yang dimenangi PR dalam PRU ke-12.
Ahli Majlis PBT
Oleh kerana masih memegang kuasa kerajaan negeri, Mah Hang Soon (gambar kanan) yang memegang portfolio Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam & Hal Ehwal Bukan Islam telah mengarahkan agar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengangkat sumpah jawatan sebelum 5 Februari. Ini mencungkil syak wasangka bahawa langkah ini sebagai persiapan terhadap penghakiman yang bakal diumumkan pada 9 Februari.
Pada tahun lalu, Ahli Majlis Perbandaran Taiping PR telah mengangkat sumpah jawatan sebelum rampasan kuasa pada 6 Februari. Jadi, BN terpaksa memeras otak untuk memaksa Ahli Majlis PBT meletak jawatan selepas itu. Walaupun mungkin ada yang menerima realiti bahawa "tukarnya pemimpin, maka tukarlah anak buahnya", namun tindakan BN kali ini tidak disenangi. BN telah dilihat merampas kerajaan negeri Perak dengan kuasanya di peringkat persekutuan. Paksaan mereka terhadap ahli majlis PBT PR mencerminkan imej gelojohnya mereka terhadap kuasa.
Setelah mengambil pengajaran daripada pengalaman yang lalu, BN kini lebih celik dengan menghabiskan upacara angkat sumpah jawatan di 15 majlis PBT, empat hari sebelum penghakiman diumumkan. Niatnya walaupun tersirat, tetapi disedari umum.
Bilangan kerusi dijangka tak banyak berbeza
Ceramah untuk mendedahkan selok belok rampasan kuasa telah bermula, sejak kerajaan PR ditumbangkan pada tahun lalu. ADUN PR telah membongkarkan penyelewengan BN di kawasan pengundian masing-masing, berjaya menyebarkan mesej bagaimana BN berkomplot untuk merampas kuasa.
Seandaianya DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya diadakan, PR dijangka akan menghangatkan sentimen ketidakpuasan komuniti Cina, malah India terhadap BN dengan imej Nizar Jamaluddin yang baik di mata komuniti Cina. Namun demikian, dari kaca mata masyarakat Melayu, Nizar pula digambarkan sebagai pengkhianat Melayu dan boneka DAP. Ini mungkin kelemahan yang ada pada Nizar.
Tidak pelik seandainya Zambry meraih sokongan masyarakat Melayu dengan penguasaan sumber dan kerajinan beliau untuk turun ke kampung Melayu. Di masyarakat Cina pula, tidak kira berapa langkah yang memanfaatkan rakyat, beliau tetap dengan imejnya sebagai ketua rampasan kuasa BN. Beliau dijangka tidak disenangi pengundi Cina.
Namun, setelah tiga orang ADUN keluar dari PR, maka PR telah memiliki 28 kerusi seperti BN, dengan jumlahnya 59 (28vs28+3). Seandainya pemilihan semula mengekalkan perbezaan bilangan kerusi pada satu atau dua, dipercayai rampasan kuasa (peralihan kuasa) mungkin akan berlaku lagi. Ia mungkin tidak terhad kepada tarikh 8 Mac dan 6 Februari.
*Qin Lang ialah penulis khas MerdekaReview, edisi Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....