Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 13 Januari 2010

Kuil Sikh pula dilempar batu


KUALA LUMPUR, Jan 13 — Selepas gereja dan sebuah surau di Klang dipercayai menjadi sasaran serangan pihak-pihak tidak bertanggungjawab, sebuah Kuil Sikh (gambar) di Sentul di sini pula dilempar dengan batu petang semalam.
Dalam kejadian itu yang terjadi kira-kira pukul 6.45 petang, kaca di sebelah pintu masuk Kuil Sikh Gurdwara di Jalan Haji Salleh di sini didapati pecah akibat.

Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan siri serangan ke atas gereja sejak awal pagi Jumaat lalu.
Ketika insiden itu berlaku, beberapa sukarelawan yang sedang membersihkan kuil berkenaan, ternampak batu dilempar ke pintu masuk bilik sembahyang kuil tersebut.
Dipercayai, 15 biji batu dilemparkan ke kawasan kuil itu. Sukarelawan tersebut kemudian membuat laporan polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman yang mengesahkan insiden itu memberitahu Bernama bahawa pihaknya telah mengambil sampel batu yang dilemparkan dan siasatan dijalankan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....