Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 22 Disember 2009

Panggil sidang khas Parlimen bincang enjin jet hilang -Mahfuz

Pesawat Pejuang F5-E


KUALA LUMPUR, Dis 22 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa memanggil sidang khas Parlimen berikutan kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharga RM50 juta, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata oleh kerana Najib mengumumkan kerajaan tidak berhasrat menutup kes kehilangan enjin jet pejuang, sidang khas perlu diadakan untuk membolehkan Perdana Menteri membentangkan usul ditubuhkan jawatankuasa siasatan Parlimen.

"Ia perlu bagi menyiasat kehilangan enjin jet pejuang tersebut dan isu-isu berkaitan mengenai tahap keselamatan premis dan peralatan pertahanan negara," kata beliau yang Ahli Parlimen Pokok Sena.

Jawatankuasa siasatan tersebut, kata Mahfuz hendaklah diberi kuasa untuk memanggil semua pihak yang terlibat dengan kehilangan tersebut.

"Najib juga mendakwa aduan polis telah dibuat apabila Kementerian Pertahanan menyedari tentang kejadian tersebut.

"Oleh itu, Ketua Polis Negara juga hendaklah dipanggil oleh jawatankuasa siasatan tersebut untuk memaklumkan sejauh mana dan apakah hasil siasatan polis, jika benar aduan polis telah dibuat," katanya.

Jelas Mahfuz lagi, mereka perlu menjelaskan kepada jawatankuasa siasatan itu mengapa berita tersebut digelapkan begitu lama memandangkan kehilangan enjin jet pejuang itu berlaku pada tahun 2007.

Beliau yakin rakyat tidak boleh bersabar lagi dengan berita-berita memalukan dan menjatuhkan maruah negara mengenai Kementerian Pertahanan.

"Beberapa tahun dahulu, kita mendengar laporan mengenai senjata angkatan tentera dicuri oleh kumpulan al-Maunah, selepas itu berita mengenai kebakaran kapal TLDM KD Inderaputra dan kini kehilangan enjin jet pejuang TUDM pula.

"Adakah selepas ini kita akan mendengar kehilangan jet pejuang Sukhoi dan kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman pula?

"Sebab itulah kita menuntut Menteri Pertahanan dan semua pihak yang bertanggungjawab jangan pula 'hilang' bersama-sama kehilangan enjin jet pejuang itu," katanya.

Mahfuz bimbang mereka akan “hilang” memandangkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menuduh "budak-budak jahat tempatan dengan kerjasama orang luar" yang bertanggungjawab terhadap kehilangan itu.TMI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

-jgn ko plak yg tak datang ke parlimen nti..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....