Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 16 Oktober 2009

Saman Khir Toyo tidak releven




Tindakan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo memfailkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, Teng Chang Khim berhubung penggantungannya ibarat menidakkan proses perundangan yang sewajarnya dipatuhi.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas isu saman berkata, Khir Toyo mempunyai hak untuk berbuat demikian namun beliau harus sedar, apa yang telah dilakukan oleh Teng adalah mengikut perundangan yang sedia ada kepada mereka yang melanggar tatacara dewan.

Khir Toyo yang merupakan ADUN Sungai Panjang telah digantung selama setahun daripada menghadiri sidang DUN kerana enggan meminta maaf dalam sidang DUN sekitar Julai lalu.

Pada 15 Julai lepas, penggantungan Khir Toyo dan penarikan balik semua keistimewaannya sebagai wakil rakyat sepanjang tempoh penggantungan, diumumkan Timbalan Speaker Haniza Mohd Talha kerana gagal hadir sidang siasatan awam Selcat pada Mac lepas.

Sidang Selcat pada masa itu menyiasat penyelewengan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis).

Khir Toyo telah memfailkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, Teng Chang Khim dan menamakan Setiausaha DUN Selangor dan kerajaan Selangor sebagai defendan.

" Saya rasa dia berhak untuk membuat tindakan di mahkamah dan kita rasa ia adalah enakmen yang diluluskan oleh BN. Undang-undang ini bukan undang-undang baru, undang-undang ini telah lama dan kita hanya melaksanakan undang-undang".

" undang-undang itu yang membenarkan dewan untuk tidak memberikan atau membenarkan mereka yang tidak hadir dan melanggar tatacara dewan. Dan perkara ini telah dilaksanakan oleh dewan-dewan yang lepas. Dewan undangan negeri Selangor pernah juga menghalau dan tidak membenarkan ahli dewan menghadiri dewan sebelum ini. Bukan pada 2008, bukan juga 2009 tetapi sebelumnya" ujar beliau.

Khir Toyo yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor memfailkan saman pemula melalui peguamnya MM Athimulan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau mendakwa penggantungannya adalah tidak sah dan terbatal.

Athimulan berkata Khir Toyo menuntut ganti rugi berhubung elaun yang ditarik balik sepanjang penggantungannya, emolumen dan relif lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah selain hak beliau untuk kembali menghadiri persidangan DUN akan datang tanpa halangan daripada mana-mana pihak terutama Speaker DUN.

Khir Toyo dalam sidang akhbar itu berkata beliau berharap mahkamah dapat membuat keputusan dengan cepat supaya beliau dapat menghadiri persidangan dewan untuk pembentangan bajet.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....