Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 7 September 2009

Zamri lawan Nizar:Rakyat Kelantan patut dicontohi




Rakyat Kelantan begitu komited dengan perjuangan PAS

Hidup di negeri yang diperintah oleh kerajaan yang bukan sekapal dengan kerajaan pusat banyak cabarannya. Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi. Mereka yang tidak beriman pasti tertewas dan hanyut oleh dugaan dan cabaran tersebut. Dugaan dan cabaran ini datang daripada “orang-orang” yang kehilangan kuasa, tetapi masih gila kuasa dan dahagakan kuasa.

Puncanya mudah difahami. “Orang-orang” ini sangat berkuasa. Mereka menguasai bidang politik, ekonomi dan sosial. Banyak kontrak kerajaan berada di tangan mereka. Selepas kerajaan baru berkuasa, “orang-oran

g” yang berkusa telah hilang kuasa. Hilang kuasa bermakna hilang sumber ekonomi dan poket pun kering. Orang yang poket kering sanggup melakukan apa-apa sahaja. “Orang-orang” ini tidak sama dengan “orang-orang” di sawah bendang. Mereka pernah hidup mewah, oleh itu tidak boleh hidup dalam serba kekurangan. Mereka pernah hidup “di atas kepala orang lain” mana boleh tiba-

tiba terpaksa hidup “sama taraf” dengan orang jelata.

Sewaktu Kelantan jatuh ke tangan PAS pada tahun 1990, ribuan dugaan datang silih berganti tanpa henti-henti. “Orang-orang” yang pernah hidup seperti raja tiba-tiba hilang kuasa. Maka mengamuklah satu negeri “orang-orang” ini

laksana Jebat derhaka. Ramai rakyat dilontari fitnah dan tohmah agar membenci Kerajaan Negeri yang baru. Nasib baik rakyat Kelantan tidak bodoh dan tidak mudah termakan hasutan “orang-orang” yang gila kuasa. Hasilnya, Kelantan berjaya dipertahankan daripada jatuh balik ke tangan “orang-orang” sehingga hari

ini. Kelantan beruntung kerana ada pemimpin negeri yang berwibawa.

Sekarang, “orang-orang” sedang menyerang negeri yang ditadbir kuasa baru, terutamanya Selangor selepas berjaya mengambil balik Perak. Isu ketuanan, agama, kaum dan kedudukan istimewa merupakan isu yang sensitif dan mudah dipergunakan untuk memecah-belahkan rakyat. Isu-isu tersebut sedang didendangkan di Selangor agar rakyat negeri terkaya itu berpecah belah. Sekiranya rakyat Selangor berpecah-belah, maka mudahlah “orang-orang” mengambil alih pentadbiran.

Oleh itu, rakyat Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah harus belajar daripada rakyat Kelantan cara-cara berhadapan dengan helah “orang-orang” ini. Jangan sesekali mudah terpengaruh. “Orang-orang” ini rela membawa duit berguni-guni untuk membeli hati orang ramai. Pembangunan fizikal merupakan “janji manis” yang lazim bagi “orang-orang”. Ingat, benda manis banyak membawa penyakit berbanding dengan benda pahit, kelat atau masam. Oleh sebab itulah rakyat Kelantan menolak “janji manis”. Hasilnya, Kelantan kekal sebagai serambi Mekah sehingga sekarang setelah sekian lama menjadi serambi Golok di bawah pentadbiran “orang-orang”.

Seandainya rakyat Selangor, Pulau Pinang atau Kedah (termasuk Perak) lalai, terpengaruh dengan helah, dan termakan hasutan, maka kuasa kemungkaran akan kembali bermaharajalela. Kezaliman berulang balik. Perjuangan melawan kemungkaran dan kezaliman selama ini menjadi sia-sia.

Bagi rakyat Kelantan, segala yang terjadi ialah ujian Allah untuk memantapkan iman. Jadi, mereka bertawakal dan menyerahkan segala yang terjadi kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Firman Allah SWT:

“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.”

(Surah al-Baqarah: 155-156)

Sumber:kerabubersuara

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....