Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 19 September 2009

Tradisi Menjelang Aidilfitri Di Desa Tercinta Beris Pak Abu

Berat sama di pikul,ringan sama di jinjing.Tradisi di kampung kami
Amalan yang menjadi tradisi
Berkerjasama amalan yang mulia,menjelang aidlfitri sama rata sama rasa
Amalan yang semakin pupus di telan zaman

Sudah menjadi tradisi di kampung kami menjelang Aidilfiri kami akan lakukan "Pelupuh" lembu.Pelupuh? Mungkin ada di antara pengunjung blog ambo yang tidak tahu maksud "Pelupuh".Pelupuh maksudnya kami akan membeli seekor lembu untuk di sembelih dan dagingnya akan di bahagi samarata kepada yang mengambil bahagian.Harganya kami akan kongsi bersama.Begitu juga proses melapah dan membahagikan daging akan di lakukan secara gotong royong.Biasanya harga akan menjadi lebih murah dari yang di beli di kedai. Contohnya harga untuk sekilo daging hari ini hanya RM 11.80 sahaja.Di samping itu ianya dapat menggalakkan amalan gotong royong dan merapatkan lagi tali persaudaraan antara kami.Amalan yang menjadi tradisi sejak sekian lama di Besut dan Kelantan kini hampir pupus di telan zaman tapi ianya masih menjadi amalan di Beris Pak Abu.SAMA KERJA,SAMA RASA,SAMA HARGA.
P/S:Pelupuh hari ini hanya terhad untuk ahli ahli PAS sahaja he..he..he..
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....