Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 23 September 2009

Pemuda Pas sudah bosan dengan Pemuda Umno | Nizar lawan Zamri


PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi, yang sebelum ini yakin pertemuan pertama wacana ilmiah dengan Pemuda Umno pusat dapat diadakan sebelum bulan Ramadan berkata, beliau "sudah bosan" dengan rakan sejawatannya dari Umno.

"Saya sudah bosan dengan helah bermadah daripada Pemuda Umno... kenapa tidak mengatakan persetujuan untuk mengadakan pertemuan?" kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

"Kami sudah lama menunggu... belum ada persetujuan... kalau Ketua Pemuda Umno hendak berdolak dalik, apa yang Pemuda PAS boleh buat?" kata Nasrudin lagi.

Sehubungan itu kata Nasrudin, beliau tidak lagi "bergantung harapan yang tinggi" bahawa wacana itu dapat diadakan.

Pada 20 Julai lalu, Nasrudin memberitahu mStar Online bahawa sekurang-kurangnya pertemuan pertama dapat diadakan bulan depan.

Dewan Pemuda PAS yang mengadakan mesyuarat selepas 26 Julai lalu telah membentuk sebuah jawatankuasa teknikal ke arah merealisasikan wacana membabitkan Pemuda PAS dan Umno.

Jawatankuasa teknikal itu membincangkan format, tempat dan masa wacana.

Surat berkaitan dengan penubuhan jawatankuasa teknikal itu, yang sepatutnya disertai wakil Pemuda Umno dan PAS, dengan ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS, dikatakan telah dikemukakan kepada Sekretariat Pemuda Umno.

Dewan Pemuda PAS menjemput Pergerakan Pemuda Umno pusat untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik di negara ini, 1 Julai lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga telah menyatakan persetujuan menyertai wacana berkenaan.

Bagaimanapun kata Khairy, Nasrudin sepatutnya menemuinya sendiri jika mahu membincangkan format wacana, bukannya melalui pihak ketiga.

Perkara-perkara yang dipersetujui untuk difokuskan dalam wacana itu adalah berhubung isu-isu berbangkit termasuk soal prinsip dan hala tuju perjuangan bersama termasuk yang membabitkan umat Islam di negara ini.mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....