Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 20 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Kenderaan SPRM dibaling "MOLOTOVT COCKTAIL"

Gambar:The Star

KLANG: Sebuah kenderaan pacuan empat roda kepunyaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rosak dipercayai selepas dibaling dengan Molotovt cocktail awal pagi tadi.

Pegawai SPRM yang datang ke pejabat mereka di sini pada pagi ini mendapati bahagian hadapan kenderaan Nissan X-Trail yang sering digunakan oleh oleh pegawai penyiasatan mereka telah rosak.

Pegawai SPRM menyifatkan ia sebagai "tindakan pengecut" dan percubaan untuk menakut-nakutkan Suruhanjaya itu daripada menjalankan siasatan terhadap ahli-ahli politik dan orang-orang perseorangan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad berkata, pegawainya akan membuat laporan kepada pihak polis Klang berhubung insiden itu.

"Kita tidak akan berundur daripada penyiasatan kita hanya kerana insiden ini.

"Ini hanya menunjukkan mereka yang terlibat dengan rasuah berasa bimbang dan cuba untuk menakut-nakutkan kita dengan melakukan tindakan jenayah.

"Biar polis menyiasat jenayah ini sementara kita di SPRM akan meneruskan siasatan kita untuk memerangi rasuah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat secara terperinci insiden itu.

"Ada banyak perkara yang berlaku di negeri itu pada masa ini dan kita akan bekerjasama rapat dengan SPRM dan pihak-pihak yang berkaitan.

"Kita berharap orang ramai akan tampil membantu siasatan," katanya.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, insiden itu dipercayai berlaku antara pukul 2 dan 3 pagi.

Katanya, enam Molotovt Cocktail telah dibaling ke arah kenderaan itu.mstar

1 ulasan:

Jamna berkata...

Ini serupa aje dgn cerita ugutan bunuh ke atas TS Ahmad Said Hamdan dulu. Kata dah buat lapuran polis..tak sampai hari ni tak de hasil siasatan. Samada Polis lembab ataupun saja bikin cerita nak buat gempak. Aku rasa ni saja nak pusing bagi orang simpati pada SPRM ni.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....