Gambar hiasan
Sejarah
Parti Islam Se-Malaysia atau lebih dikenali sebagai
PAS merupakan sebuah organisasi yang telah didaftarkan pada 31hb. Mei
1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Penang).
Tujuan
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di
dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana
di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan
Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan
kedaulatan negara.
Dasar
Dasar yang diperjuangkan oleh PAS
ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali
dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta
ljmak dan Qias yang terang dan nyata.
Tujuan PAS ialah :
Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan
pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan
hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Usaha-usaha PAS :
Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya
sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan
nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di
segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial
serta pelajaran dan pendidikan.
Memupuk dan memperkukuhkan dan
memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di
kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang
sihat dan berkebajikan.
Mengajak dan menggalakkan badan-badan,
pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan
memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta
institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan
negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau
pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS
bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak
bercanggah dengan undang-undang negara.
Mempertahankan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya
disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura'an.
Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa
mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat
Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam
negara ini.
Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa
Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan
menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam
kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat
manusia.
Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam
batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua
tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar ~ Sumber
5 ulasan:
kalau betullah hukum tertinggi pas al-Quran dan hadis, knp sampai la ni hadi tak dihukum kerana memfitnah, khianat letak calon pru, offer azmin jwtn mb, mungkir janji, konar baring, dsb.
ni bukan HUDUD. namanya:Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015. kalau hukum allah, mana ada pinda2? kalau tuduh org zina atau liwat tak perlu bawa saksi...
kau ni admin menulislah dengan cara dan tujuan untuk memperkuatkan Pakatan ,mentang2 kau geng gannu hj hadi.mu ia sik puja Hj hadi je,geng2 ganu bodor nak mapus
MENIPU, MEMFITNAH, MUNGKIRI JANJI ADALAH AMALAN TERBAIK DAN MULIA DARI AJARAN ISLAM. MAKA TIDAK BERCANGGAH DENGAN MAN2 AYAT ALQURAN DAN HADIS NABI. atau ada satu ayat dari alquran dan hadis mengecualikan pemimpin tertinggi melakukan tidak berdosa
alhamdulillah,Allah selamtkn aku dr tjebak dgn anutan lim guan eng.sian 3ekor makhluk kt atas di brainwash oleh tuhan diorg guan eng..pegi la jumpa tok guru sendri kt marang..insya'Allah ada n dpt jwpn..jgn cr jwpn kt blog penganut guan eng je
thunder titanium lights - TiM - Titanium Games
Thunder Titanium titanium wedding band light is an iconic light properties of titanium system snow peak titanium spork from the creators of The titanium hammer Legend of Thunder. The system is designed in the titanium belly ring USA with Thunder Technology.
Catat Ulasan