Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini secara terbuka meminta
maaf kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka dalam krisis politik
pertikaian menteri besar.
Bercakap
di hadapan kira-kira 200 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS), Khalid meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan
integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri
terlibat sama.
"Minta
maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa,
kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa
menghadapinya.
"Minta
maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini.
Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti
Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Khalid
turut memetik hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh tentang amanah:
"Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya,
maka tunggulah saat kehancuran."TMI
1 ulasan:
tanah yg dah rembat tolong bg balik, ada peguam korporat dah dpt untung, dan ada lg soran 'integriti kunun ' dah boleh lupus hutang.... sapa nk jd developer dan mb?
Catat Ulasan