PAS berikrar tidak akan menjatuhkan kerajaan Terengganu dengan memujuk tiga wakil rakyat BN yang keluar parti untuk bersama mereka, seperti dilakukan BN di Perak pada tahun 2009.
Azam itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat pada sidang media di Kuala Terengganu, petang ini.
"Kita tetap dengan dasar kita dan kita akan bincang balik dengan kepimpinan (pusat) - kita tidak berminat lagi untuk itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.
Beliau ditanya jika PAS berminat untuk 'melamar' bekas menteri besar dan dua ADUN Umno yang dilaporkan menghantar surat keluar parti.
PAS menurutnya akan memberikan masa kepada menteri besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mengembalikan majoritinya sebelum merencana tindakan seterusnya.
"Hasrat sultan beri kepercayaan kepada Razif itu, biar diberikan peluang kepada beliau untuk membina majoriti dia tetapi kalau dia gagal kita akan maklumkan kembali tindakan sewajarnya," katanya.
Pada tahun 2009, tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mesra BN.
Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat jatuh kepada BN dan menteri besar baru dari BN dilantik menggantikan menteri besar dari PAS.M,kini

4 ulasan:
Kita sudah nampak PAS tidak bersedia untuk mengambil alih kuasa yang sudah sedia terbuka bahkan minta tolong pula kerajaan pusat menyelesaikan masaalah mreka. sekarang kita boleh nilai kemampuan PAS termasuk Presiden mereka (PAS) langsung tiada idea untuk bertindak cepat, jika kita lihat bagaimana mungkin parti yang telah hilang majoriti masih boleh berkuasa menagarah dan membuat keputusan legimatik pentadbiran negeri.Bahkan pehak UMNO sendiri sudah hilang harga dan maruah diri apabila mengeluarkan kenyataan yang mereka masih lagi sah sebagai pentadbir walaupun pada hakokatnya kredibiliti telah tiada ,rakyat sudah hilang keyakinan pada UMNO yang cakap tak serupa bikin ,seperti apa yang telah mereka lakukan pada Negeri PERAK.Memang semua pemimpin UMNO tiada maruah dan harga diri, jika ada maruah bubarkan DUN atau serah kuasa kepada PR secara elok.Dan media cetak dan elektronik pula takut pula hendak melapurkan berita yang benar,kita tunggu dan lihat apa yang PAS akan lakukan selepas ini.
Aku setuju bangat dengan apa yang saudara tulis.
pas kena hati hati jangan gelojoh. umno terkenal dengan lidah bercabang apa sahaja yg tak terfikir dek akal mungkin berlaku.
Setakat ini tindakan PAS ini betul. Jangan gelojoh dan biar bertindak secara berhemah. sekarang Allah mnunjukkan kepada kita betapa haru birunya parti berwarna biru itu. Di PRK Bkt Gelugor tak berani leyak calon, di Trengganu berhempas pulas menambat hati adun UMNO yang tinggal. Tak tahu apa pula helah dan muka tak malu mereka. Macam2 PAKAR membuat ulasan yang tidak pun di minta oleh pihak Pakatan Rakyat. Mereka membuat ulasasn kerana takut bayang2 mereka sendiri. Haru biru dalam parti terbuka tembelang semasa BIRTHDAY ke 68. Jangan nanti Mat Said pun boleh buat U turn. Ingat tak kes kontraktor di Perak dulu, melambung2 mengamuk lepas tu mengongoi rujuk macam kucing kena sawan. Sekarang tengok pula kalau2 Najib berani buat perubahan di Pahang dan NS. Ada telor ke ?
Tuan penasihat....25 % he he he he
Catat Ulasan