Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.
Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.
“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.
Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.
“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.
Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.
Selain itu pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
sumber: www.suara.tv
Untuk apa dia lakukan ini ??? Tidak lain hanya untuk menarik perhatian dan mencari publisiti murahan semata mata.Berterusan dengan kerja syirik, kurafat dan tahyulnya.Apa pendapat korang ? ~ Tinta Hijau DKB
15 ulasan:
Inilah jenis manusia yang tiada berpegang pada kepercayaan agama, dia hanya bertopengkan islam sebagai anutan sebaliknya syaitan dan iblis yang dipuja dan akui untuk memulihkan keadaan . Adakah dia sedar sebelum menilik sesuatu untuk orang lain sudahkah dia menilik dirinya kenapa semua maknusia yang waras akal fikiran sedang mengejek dan perbodohkan dia , kenapa tidak menilik dan gunakan penawar untuk membolehkan orang ramai bersimpati dengan dia,fikirlah sendiri wahai orang tua yang sudah hilang pertimbangan hidup.
Dimana Mufti Perak, dimana Jamil khir Baharom? Dimana.dimana..dimana...
Simpan lg org tua ni..tgkap la...
..penyakit tularan dark sinuar-tak kesah orang Kara..lawan tetap law an! itu trade mark nya man Keh keh
Bodoh ko ni 925. Nak samakan perjuangan keadilan dgn kesyirikan?? DLM Quran menyeru keadilan tapi menegah kesyirikan. Jgn nak samakan perbuatan syirik
bomoh 1msia tu dgn perjuangan keadilan
Cari serpihan mh370 kot.......
Tgh cari black box mh370
Menurun nombo eko ker tok moh?????
Tgh cari cencen kak mah kot.......
.
Tgh buat kerja syirik ker turrr tokmoh?
Oiiii tokmoh, bila tokmoh nak msmposss??
Dah kebal nampak....
Kata nak bagi kj penampo kokodai....... Bila nak bagi tokmoh?? Ker tokmoh x ade telor sbb kj ade black belt??
Yini worang cakap banyak busarrr. Tapi...... Yileeek. Chittt.. Busarrrr saja cakap. Habok tarak jugak
Jakim ngan polis takut nak tangkap si tua syirik ni. Sbb tu besar kepala
sape yang taksub sangat dgn dia tu tengok sini : http://www.youtube.com/watch?v=h0oDU4FkClE ...... kalau setuju dengan apa yang dia cakap, jangan kata kamu tu Islam....!!!!
Catat Ulasan