Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 19 Mac 2014

Terkini : Pakar IT India Temui Imej Satelit Pesawat MH370 ???

Imej satelit yang disiarkan The Hindu ~ Lihat Sini

NEW DELHI - Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.

Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut. - Bernama

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada tulis ka mh370 kat atas badan kapal???

sumpah saya tak percaya kapal tu boleh masuk india.

depa tu cukup sensitip apa benda terbang atas kepala depa, depa cukup takut balastik dari pakistan??

so may be ada kat sini2 jugak tu kot??

Tanpa Nama berkata...

Ada sumber yg menakutkn...pesawat mh370 mnjadi rebutan kuasa2 besar.
Bkn hnya skdr mncari mngsa korban, TAPI yg lebih besar...apa yg dibawa keluar dr Mlysia olh pesawat itu. Agk pelik,bntuan yg cnggih2 smpi bgitu laju dr negara2 yg sblm ini, mmng trkenal dgn kebencian mreka pd umat Islam. Jika mreka ikhlas dn prihatin pd negara2 yg ditimpa masalah, pasti mreka dh lama mnghntr bntuan dn mnyelamatkn umat Islam yg dizalimi dn dibunuh dlm negara sndiri. Apakah bnda yg dikatakn 'sesuatu yg brhrga' itu? Masalah utk brhdpn dgn kluarga mngsa dn byrn pampasan hnya terbeban pd krjaan Malaysia sj. Maruah Malaysia sdh tercalar teruk. TAPI apa yg lbh menakutkn adalah beban hasil perebutan kuasa2 besar. Kaitan DSAI ,kpten dn co-pilot pesawat trsebut sngaja dimain2kn smntra mnuggu masa yg sesuai utk mnyelesaikn isu besar ini. Kerajaan sbnrnya sdh tahu apa yg berlaku dr awal lg dn rasanya mreka sdh tahu lokasi pesawat itu TAPI mreka x brani dn x blh umumkn. Sbb tu speaker parlimen menolak usul dr pmbngkang utk mmbncangkn isu kehilangan pesawat ini. Dn....majlis taklimat pemberitahuan kehilangan pesawat dari Hisyamudin hanya dibuat secara tertutup hnya utk MP dari BN shj. Mreka x akn ada jwpn dn x blh jwb soalan2 dr pmbngkng. Susah nk percaya smua ni. TAPI bila dilihat kronologi kehilangn pesawat ini dr awal kehilangan sehingga kpd proses mncari dn pnyertaan yg bgitu hebat dr 25 buah Negara spt yg diumumkn, memaksa aku utk percaya. Ditmbh pula dgn pesanan2 dr para pndkwah supaya segera bertaubat dn mantapkn iman kerana kita tdk punya bnyk masa lg. Rasanya aku dh dpt jwpn, knpa sejk kehilangan pesawat ini, hati aku jd x keruan,rasa takut semcm dn rasa brdebar yg kuat sdgkn kehilangn pesawat itu tdk melibatkn org2 yg aku kenal.
MasyaAllah!..dh trlalu jauh aku menerawang...

Maaf admin...aku dh melalut terlalu kt ruang kamu ni. Jika ada sesiapa terbaca, JGN KOMEN apa2, anggaplah ia sbg bhn bacaan santai. Ignore sj, kalau x setuju dgn tulisan ini. Tapi tak rugi rasanya kalau kita sntiasa brsiap sedia dgn iman dn takwa. Wlu apa pn kemungkinan, kita masih bergntung hrp mudah2an Allah mnyelamatkan kita dr fitnah2 dajal akhir zaman.

Dan kita jg brdoa dn brharap agr pihak kerajaan bijak mnguruskn krisis ini tnpa mnjejaskn keselamatan rakyat dn negara.

Tanpa Nama berkata...

Banyak jumpa kat laut kat darat pastu tngok je x g cari betulke ilang Yg jumpa Tu biar je KE x de sapa2 punya ke

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....