Tiga jururawat meniru aksi Ibrahim dengan "karpet terbang"
Ketawa adalah ubat terbaik namun nasib tiga jururawat Hospital Kuala
Lumpur (HKL) yang mempersendakan bomoh Ibrahim Mat Zin masih tidak
diketahui.
Dalam laporan sebelum ini, ketiga-tiganya mungkin digantung
perkhidmatan, namun pengguna sosial media memberikan sokongan penuh
kepada mereka.
Ketiga-tiga jururawat itu meniru aksi Ibrahim dengan "karpet terbang"
dalam usahanya mencari pesawat MH370 yang hilang dan gambar mereka
menjadi panas di media sosial dan kini masuk ke media cetak.
Pengguna laman sosial, Ken Loo dalam Facebooknya berkata:"Jika mereka
perlu digantung, bomoh itu perlu dipenjarakan," mendapat ratusan "like",
lapor akhbar The Star.
Bagaimana, kata The Star, disahkan kemudian HKL hanya menjalankan siasatan terperinci saja terhadap jururawat terbabit.
Susan Abraham berkata, lawak mereka menjadi ubat yang baik, manakala
Sip Lee menyokong petugas perubatan yang gembira ketika bertugas dengan
berkata:”Petugas yang cantik dengan senyuman di wajahnya akan membantu
pesakit yang tertekan. Patut dibenarkan mereka mengembirakan yang
tertekan," lapor akhbar itu lagi.
Jon Navaratnam juga membela mereka dengan berkata:"Mereka yang bekerja
dalam bidang kesihatan selalu tertekan kerana kerja mereka antara 16 ke
24 jam secara shif. Jururawat ini hanya mahu bergurau senda. Biarkanlah
mereka."
Iswardy Morni berkata, cara mereka membuat lawak untuk bergembira patut mendapat tawaran kerja.
"Jika mereka ditamatkan perkhidmatan, mereka boleh kerja dengan
syarikat saya (kami pakar dalam bidang kesihatan). Kami memerlukan lebih
ramai pekerja yang berani dan kreatif,” katanya.
Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju.Kiran Nesarajah mempertikaikan bagaimana kelengkapan kesihatan dikendalikan sebagaimana yang terdapat dalam gambar itu.
Beliau berkata, alatan dalam gambar itu bukan alat permainan.Jamielah Yaakob, seorang jururawat berkata, ia boleh dilakukan semasa bertugas tetapi bukan di depan awam.
"Ia boleh kekal di tempat private tetapi ia sepatutnya tidak dikongsi dalam media sosial," katanya.Bomoh, Ibrahim mengejutkan dunia apabila datang ke KLIA dua hari
berturut-turut membuat ritual pelik bagi membantu mencari pesawat MH370
yang hilang itu.
Hari pertama, dia dan pembantunya datang dengan bubu dan teropong buluh
manakala hari kedua datang dengan dua biji kelapa dan permaidani yang
dinamakan karpet terbang selepas itu.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim
menafikan mereka dihantar oleh kerajaan namun sebuah laman web
antarabangsa International Business Times (IBTimes) melaporkan, ada yang
mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa tiada otak
(brainless) apabila membenarkan kejadian seumpama itu.
Susulan dakwaan terhadap beliau, Ibrahim mengugut akan mendakwa mereka.Beliau juga dilaporkan berkata, akan menampar Menteri Belia dan Sukan,
Khairy Jamaludin Abu Bakar kerana menggesa beliau ditangkap.TMI
16 ulasan:
bomoh itu yg sepatutnya dihukum..memalukan seluruh rakyat..tanpa aksi bodoh dari bomoh tiada idea dari org ramai untuk berlawak..
Jika anda digantung tugas, anda semua boleh mencabar pengantung tersebut didalam K/kuasa disipil Jab. anda.
Setakat pegang paralatan kerja spt didalam gambaq tuuu soal kecik aja....
Mesia, xde bende lg penting nk siasat..byknsgt mase mayb..
Sah & sahih BOMOH UMNO, itu sbb marah sangat di perli......... Siap ambil tindakan lagi....
Sah & sahih BOMOH UMNO, itu sbb marah sangat di perli......... Siap ambil tindakan lagi....
Sah & sahih BOMOH UMNO, itu sbb marah sangat di perli......... Siap ambil tindakan lagi....
Sah & sahih BOMOH UMNO, itu sbb marah sangat di perli......... Siap ambil tindakan lagi....
Saya pun tak sokong ritual bomoh kelapa tapi kalau nak perli bomoh pun tak payah lah nak kongsi kat dlm internet. Apa bezanya tiga org perempuan tu dgn bomoh kelapa? Sama2 memalukan diri sendiri. Sama2 buat aksi macam tu cuma bezanya bomoh buat kat klia depan wartawan derang pula buat kat tempat kerja dan post kat fb depan semua pgguna maya. Kalau pkerja yg profesional tak akan buat mcm ni.THEY JUST STOOPING DOWN TO THE BOMOH LEVEL.
jom kita buat laporan polis kat bomoh tu ramai2 jika nurse diambil tindakan..juga vip yg jemput bomoh.aku jugak hasut ahli umno buat laporan polis sbb bomoh ugut nak tampar bos korang.. #pray4nurseMH370
Tak payah la HKL nak jadi rigid..loosen up la...
sapa suruh panggil ikon bodoh promosikan kebangangan..
dah trending..baru nak saman sana sini..
xpayah nak buang masa gantung nurse hkl..bnyk lagi masa diperlukan utk cari mh370..
Betul..memalukan org islam je.org malaysia mmg terkenal ngan perangai cyber buli baik di laman sosial atau you tube.waktu bekerja pakai uniform buat benda mcm tu sedangkan byk kerja lain yg derang boleh buat.memalukan..
padan muka dengan 3 ekor jururawat ni..harap muka jer cantik. ni la jururawat malaysia memang pemalas..kerja main-2.jururawat mcm ni la pesakit mati buat muka bodoh jer. memang padan muka kena buang kerja
Cakap pandai la. Cuba try keje jadi nurse. Aku tengaok.dioramg keje kat hospital xbrenti brenti. Lagi melayan karenah pesakit. Yg baik tu baik ler. Tapi byk yg mengada ngada ala diva masuk hospital kerajaan je pun. Aku xsokong nurse2 tu buat mcm tu tapi aku paham keje nurse ni sangat memenatkan dua dua fizikal m mental. Memang keje diorang sebagai nurse melayan karenah pesakit. Tapi kita ni yg jadi pesakit reti2 la paham tugas diorang jugak. Satu hari berapa pesakit diorang kena handle. Mungkin ko stress dulu sebab kena layan mcm tu overdose. Tu pasala kau stress kan. Tapi dari gaya kau menulis ni pun xde adap. So aku rasa fair la tu. Patut pun dia xlayan kau. Hahaha
trbaikkkk....
Catat Ulasan