Tan Sri Khalid berucap di Masjid Batu 10 Cheras yang turut dihadiri Anwar
Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan
sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais).
Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor.Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.
Mais didakwa mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.
Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan
Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10,
Cheras pada Jumaat lalu.
"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan
menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan
alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar
melalui Facebooknya.
Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.
Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan
memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah
Jumaat.
Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.
Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.
"Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir
memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani
melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber
itu.TMI
2 ulasan:
Please let masjid and surau be neutral. Politik kepartian spt yg berlaku skrg di masjid dan surau akan menyebabkan golongan yg non partisan dan yg berideologi bertentengan menjauhkan diri.
Jika dtg utk bersolat tidak seharusnya dihalang.
hendak dikata mesjid tempat afdal menjadi pemancar propoganda membangkitkan perjuangan/amalan islam x siapa menidakkanya.baik kepda dapumnopkrdll malah parti yg mengakui parti islam pas, tentu punya citarasa tinggi terhadapnya.
niat yg betul pasti membuahkan hasil teutama terhindar dari bahana tipudaya setan yg x lelah2 dlm menyasar org ke neraka.berhati2! kata mereka yg sabar.
melihat sejarah laluan/pengisian berpolitik pkr/pr selalu bermanhaj menghalalkan cara.mengekplotasi tempat dan masa dimana mengambil bonos sokongan biarpun ia ibarat mengocak menjadikan buih2 digigi pantai.
dlm hal ini mesjid tertegak khas mengikut keperluan kariahnya.untuk sejahtera.untuk islam amnya.
Catat Ulasan