Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 23 Januari 2014

Penjelasan Disebalik Dakwaan Tuntutan Fasakh Nurul Izzah

 Nurul Izzah dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (gambar) dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim melahirkan kekesalan dengan cubaan dan gangguan terhadap pasangan suami isteri itu yang menyentuh perkara peribadi mereka.

Pasangan itu menjelaskan mereka kini gigih berusaha bagi memastikan kelangsungan mahligai perkahwinan yang didirikan sejak tahun 2003 itu.

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan dan kami memohon semua pihak memberikan ruang peribadi pada waktu ini.

“Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. Keluarga kami menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Akhbar berbahasa Inggeris The Star, milik MCA, hari ini mendedahkan Nurul Izzah mungkin akan menarik balik tuntutan fasakhnya esok.

Pasangan tersebut dipercayai telah dinasihatkan ahli keluarga mereka untuk berdamai setelah berita tuntutan fasakhnya pada Disember lalu tersebar di media hari ini.

Dalam laman Twitternya, Nurul Izzah pada jam 2 petang tadi, beliau menafikan berita itu namun hasil carian The Star di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan wujud kes tuntutan di antara pasangan itu.

Nurul Izzah, 33, bagaimanapun ketika ditemui sempena Sidang Strategi Asli ke-16 hari ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

"Terima kasih kerana menghormati privasi saya," katanya, yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai.

Nurul Izzah, 33 tahun dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 tahun dinikahkan pada 9 Mei, 2003.Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....