Rosmah Mansur turut hadir di Perhimpunan Agung Umno 2013
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin
Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana “jasanya” kepada negara.
Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.
“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah
seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik,
isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak)
dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.
“Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di
Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi
menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun
mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi.
"Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin.
Rosmah dikritik bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah.TMI
Persoalannya :
Kenapa najib sendiri tak buat?
Kenapa najib sendiri tak tanya?
Kenapa najib takde cable ke?
Hahaha....
3 ulasan:
Dia tau kalau bkn dia yg memuji Rosmah,sape lg yg nk puji?Dia tau lebih dr separuh rakyat Malaysia mencemuh isteri ny tu.Malahan ahli UMNO sndri pun dh meluat melihat tingkah laku Rosmah,Malaysian First Lady of Shopping!
selagi tak khianati laki ,tak di kata 'dayus' itula peranan sewajarnya suamisteri yg bahagia.tambah lak dipertanggung sebagai ikon bgi m'sia.he he semangat mcm ni sepatutnya perlu ada terutama yg mahu belajar. sokong menyokong teras kejayaan dan aq rasa klu rosmh sempurna bertudung tentu akan lebih cuun..menambah tampak seorang isteri proaktif lagi tawaduk.
包裝國度,各式各樣包裝設計作品與包裝盒印刷產品,還提供包裝盒線上自動計算,業界獨一無二,包裝盒設計還可以線上校稿喔。
Catat Ulasan