Pendakwah terkenal Ustaz Mohammad Kazim Elias (gambar) menolak
pelantikan sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mahu
menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan
perpaduan umat Islam negara ini.
Ketika mengumumkan keputusan itu di hadapan 2,000 orang yang menghadiri
ceramahnya di Taman Ria di sini malam tadi, pendakwah itu berkata
beliau juga mahu menumpu pada sekolah yang ditubuhkannya, Pusat
Pendidikan Al-Barakah di Jalan Maxwell, Ipoh.
"Saya tidak mahu dilabel oleh orang ramai mendapat bantuan Umno dengan
menerima jawatan MT," kata Mohammad Kazim yang menemui Datuk Seri Najib
Razak Isnin lepas selepas perdana menteri dan presiden Umno mengumumkan
pelantikannya itu baru-baru ini.
Mohammad Kazim berterima kasih atas tawaran perdana menteri itu namun tetap dengan keputusannya untuk tidak menerimanya.
"Saya dah bercakap dengan perdana menteri. Saya ini milik rakyat
Malaysia dan bukan milik parti politik. Pengikut kuliah saya lebih suka
saya bebas walaupun menyokong agenda perdana menteri yang berusaha
memartabatkan Islam," katanya dalam ceramah itu.
Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di
bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya
sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat
Mufti.
"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi
nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari
peringkat sekolah rendah hingga menengah.
"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta
saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi
muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan
antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 November
lepas.
Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman
sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan
bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.
"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang
PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh
tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk
terhadap saya.
"Masa Kedah diperintah PAS saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan PAS," katanya. - Bernama
3 ulasan:
Sudahlah tu ustaz, lagi banyak kau bercakap fasal perlantikan MKT UMNO yg dah kau tolak dan menuding kepada PAS pula, telah menampakkan warna sebenar mu. Entah2 serangan itu ada antaranya dari ahli UMNO yg tidak berpuas hati. Janganlah merendahkan martabat diri dgn ucapanmu sendiri. Teruskan saja agenda mu itu tanpa heboh2, itu lebih baik. Selagi kau buka mulut, lagi banyak serangan kau akan terima, meninggalkan implikasi negatif pula. Elok muhasabah diri sebelum memperjuangkan niatmu itu. Nasihat ini untuk kebaikanmu jua.
ustaz saya suka ustaz.. biaq p la apa org kata.. janji uztaz x buat maksiat ..x tipu org, kesian uztaz ada masalah dunia..
admin tolong link kan blog say dalm blog tuan..
leh say acomment selalu
http://syokperasit.blogspot.com/
Benarkah ustaz milik rakyat??????? Nampaknya uztaz masuk bakul angkat sendiri. Apakah kebelakangan ini kerap muncul di tv serta sambutan gelak ketawa kaum hawa menopause ustaz sudah beranggapan milik masyarakat. Usstaz SS
Catat Ulasan