Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Pertama sekali, tahniah dan takziah kepada Ustaz Azam kerana memenangi PRK N20 Sungai Limau dan menggalas amanah mewakili rakyat Sungai Limau dalam Dewan Undangan Negeri.
2) Kemenangan Ustaz Azam bukan lah kemenangan yang mudah sekalipun Sungai Limau dikatakan kubu kuat PAS kerana hanya 4 pusat mengundi sahaja yang dimenangi oleh PAS sejak dahulu lagi, sedangkan 13 pusat mengundi lain kebanyakannya PAS selalu kalah. Tambahan pula asakan kebendaan menerjah Sg Limau seolah-olah serangan Amerika ke atas Afghanistan dengan Tomahawk, Apache dan Armada-armada laut.
3) Ustaz Azam adalah calon yang terbaik hasil syura dan ketaatan kepada arahan pimpinan mencorakkan kemenangan kepaa PAS mengekalkan penguasaan di DUN tersebut.
4) Al-Kisah, sebelum pencalonan, Ustaz Azam adalah antara nama bakal-bakal calon daripada PAS, termasuk Ustaz Muaz, Ustaz Nasir (Che Pi), Ustaz Musoddak, Mozaini dan beberapa lagi.
5) Ustaz Nasir (Che Pi) awal-awal lagi menolak dirinya dicalonkan. Dia adalah seorang pemimpin PAS yang berpengaruh di Bukit Besar, anak kepada Tok Guru Pak Man di situ.
6) Beliau turut menyekat adik beliau, Ustaz Muaz daripada dicalonkan. "Muaz aku tak bagi. Sapa nak jadi Penolong Kanan (SMA Nahdzah)?" Beliau lebih memilih Ustaz Muaz mengurus hal ehwal sekolah tersebut.
7) Akhirnya beliau nampak Ustaz Azam Abd Samat. "Azam bulih" Katanya. Ustaz Azam tenang. Dia tahu, menjadi calon PAS bukan semudah menjadi calon BN. Beliau akan terpaksa meletak jawatan sebagai guru di sekolah yang sama.

8 ) Bonda Ustaz Azam dan beberapa orang bapa saudara beliau sendiri tidak bersetuju Ustaz Azam dicalonkan, kerana mereka sangat bimbang masa depan Ustaz Azam. Kebimbangan yang biasa sebagai manusia. Mereka bimbang dengan kekuatan hamburan kebendaan oleh BN, jika Ustaz Azam kalah, beliau akan hilang pekerjaan.
9) Beliau mempunyai tanggungan seorang isteri dan 5 orang anak yang
masih kecil. Dan juga beliau masih mempunyai 3 orang adik yang masih
belajar, yang turut ditanggungnya selepas kematian bapanya Ustaz Samat
beberapa hampir 10 tahun lalu.
10) Che Pi memberitahu bonda Ustaz Azam, "hang suruh dia solat istikharah. PAS dah pilih dia untuk jadi calon".
11) Dipendekkan cherita, akhirnya mereka semua merestui ustaz Azam.
Ustaz Azam akur dan taat kepada pimpinan yang memilihnya untuk
dicalonkan. Ustaz Azam meletakkan jawatan sebagai guru di sekolah SMA
Nahdzah tersebut. Akibatnya, beliau terpaksa membayar balik duit lebih
kurang 3 bulan gaji kepada jabatan Pendidikan, lebih kurang RM5000.00.
12) Guru-guru sekolah tersebut bersimpati dengan ujian yang menimpa
Ustaz Azam. Mereka berpakat mengutip duit sesama mereka untuk membantu
meringankan beban Ustaz Azam. Ustaz Azam menolak untuk menerimanya.
"Ambil lah ini arahan parti (untuk menerima sumbangan ini)".
13) "Aku bukannya ada duit sangat, tapi aku kesian kat ustaz Azam" kata
salah seorang guru yang menghulurkan sumbangan untuk membantu.
Sehinggakan guru yang diketahui penykong BN juga turut memberi
sumbangan, kerana simpati.
14) "Tak mengapa, jika kalah, kita
akan ambil ustaz Azam jadi guru di sini semula" ujar salah seorang pihak
pengurusan sekolah. Namun perkara ini dihidu oleh jabatan Pendidikan,
yang kemudian menyatakan bahawa Ustaz Azam tak boleh diambil semula jika
kalah, atau menang.
15) Ahli keluarga bimbang. Rakan-rakan
beliau juga bimbang. Mereka bimbang bagaimana nasib ustaz Azam ika
kalah. Bukan tidak yakin dengan kuasa Allah sebagai Maha Pemberi Rezeki,
tetapi sebagai manusia biasa, kebimbangan tetap ada. Ustaz Azam tenang
dengan keputusan tersebut. Cabaran di depannya amat besar. Jentera BN
seluruh negara akan turun membedil kubu kuat PAS ini.
16) Tidak
semena-mena seorang sahabat seperjuangan beliau memberitahu, jika
beliau kalah, dia akan cuba recommend Ustaz Azam bekerja dengan sebuah
syarikat swasta sebagai ahli panel syariah syarikat tersebut. Sesuatu
yang agak melegakan ahli keluarga Ustaz Azam.
17) Akhirnya
berkat taat beliau kepada syura dan pimpinan, kesabaran, usaha dan
tawakkal beliau kepada Allah, permuafakatan jentera PAS Sg Limau dan
kesudian jentera PAS dari seluruh negara yang berkampung di Sg Limau,
beliau berjaya memenangi pilihanraya kecil ini.
18) Cabaran
getir beliau ini tidak mungkin dilalui oleh calon BN, walaupun calon BN
juga terpaksa meletakkan jawatan sebagai pensyarah di UPSI.
19) BN boleh berbangga dengan penambahan undi sebanyak 465 undi dengan
pelaburan sebanyak kurang lebih RM15juta. Tetapi ahli PAS, jentera PAS
dan semua yang terlibat dengan kemenangan PAS sedang gembira dan berpuas
hati dan bersyukur dengan kemenangan ini walaupun mejoriti merosot
banyak.
20) Siapa sangka asakan BN di kawasan mengundi Bukit
Besar dengan karnival lebih seminggu, pengumuman bantuan jutaan ringgit,
gula-tepung-beras murah, beratus-ratus anak ayam, kambing dan
sebagainya... akhirnya BN kalah juga di Bukit Besar dengan majoriti
paling besar yang boleh menampung kekalahan PAS di peti-pti undi pusat
mengundi lain.
21) Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan
semua pihak yang memenangkan PAS dan mengangat Ustaz Azam sebagai wakil
rakyat Dun Sg Limau.
Sumber - FB Ustaz Mohd Azam Abd Samat
3 ulasan:
Allahuakbar
Hanya doa yg dpt saya berikan. Ya Allah kau teguhkan iman hamba2Mu yg lemah ini. Menangkan yg HAK dan Kau kalahkan yg BATHIL. Tunjukkanlah kami jalan yg lurus. Permudahkan juga perjuangan kami dibumi kenyalang ini. Aminn...
Bukan semua orang sanggup berkorban demiperjuangan agama yg sebenarnya. Pejuang sebenar tentu akan mendapat habuannya di hari penentuan nanti.
Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan usaha-usaha kita semua khususnya Ustaz Azam dalam memperkukuhkan syariat di bumi Allah ini. Sebak membaca kronologi peristiwa yang dicoretkan! Takbir!
Catat Ulasan