SHAH ALAM, 14 Mei — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua
selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.
Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu
kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri
Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP
dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon
menteri besar.
“Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memenuhi semua syarat yang
diperlukan bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana
diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor
1959,” katanya.
Mohamad Munir berkata satu lagi sebab ialah Sultan
Selangor berpendapat Abdul Khalid pernah menjadi menteri besar sebelum
ini dan pengalamannya boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan
negeri.
Beliau menjelaskan bahawa kelewatan melantik menteri besar ialah
kerana Sultan Selangor menunggu calon-calon menteri besar dikemukakan
oleh ketiga-tiga parti itu.
“Di samping itu, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah
menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon menteri besar tidak
semestinya Abdul Khalid apabila PR memenangi pilihan raya umum ke-13.
“Justeru itu, Sultan Selangor menunggu parti-parti komponen PR
mengemukakan calon menteri besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya
seorang calon yang dikemukakan,” katanya. — Bernama
8 ulasan:
azmin ni rendah moral. sama cam nuar. takkan sultan nak kat dia. PAS ni lagilah tolol. gadai semua yg ada.
machai umno cakap sesedap rasa je...habis tu khir toyo apa cite...bila nak makan nasi sungai buluh?
Dasar macai hina..
Bole maachai UMNO terangkan knp Abu Hassan Omar letak jawatan MB Selangor dulu sblm Khir Toyol amik tempat?
kalau ko tak reti petsepakatan dlm perjuangan jangan dok sebok masuk campur.umporno pon dah meroyan la ni sebab gagal rampas selangor dari kerajaan pakatan rakyat.
hehehe...terdiam terus org UMNO...xde yang kwn back up kawan 'anon' korang yang kena cantas ke...cakap biar dgn fakta la chor...jgn pakai kepala lutut...
UMNO tu UMNO jugak...xleh wat ape...
pakatan kene lafas 10 aku janji. nampaknya memmang betul pakatan ni tak mampu jaga kepentingan agama dan bangsa. sebab tu kene buat aku janji. penyokong tegar masih tak sedar ke??
mana2 sesi angkat sumpah, itulah akujanji yg perli org tu tunaikan selepas mengangkat sumpah. bkn mcm apa yg kepala hotak kau tu fikir. apa selama ni UMNO BN jaga sangat ke agama dan bangsa diorang? dasar macai hati buta...ko ni lagi mampus lagi baik sbb ada akal pun takleh nk guna elok..
Catat Ulasan