KUALA LUMPUR, 24 Mei — Polis hari ini melepaskan tiga individu yang
ditahan untuk siasatan dibawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan
selepas majistret menolak permohonan untuk melanjutkan reman.
Pakatan Rakyat (PR) semalam menyifatkan penangkapan tersebut sebagai
sebahagian tindakan keras polis ke atas pemimpin pembangkang.
Semalam, Ahli Parlimen (MP) Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin
Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa
ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan, difahamkan
penahanan tersebut dilakukan dibawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan
seksyen 124 Kanun Keseksaan.
Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata
tidak dimaklumkan tentang “kenyataan menghasut” yang dikatakan dibuat
oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan.
Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu.
Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana
menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks
mahkamah Jalan Duta pagi semalam.
Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan
dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2
Julai.
“Kami puji majistret yang sangat berani. Seorang hakim yang berani
telah mendengar hujah-hujah undang-undang dan membuat keputusan bahawa
penahanan kami adalah tanpa asas,” kata Chua semasa berjalan keluar
daripada lokap dengan peguamnya, beliau merujuk kepada majistret
Norashikin Sahat.
“Sebab itu kami dibebaskan tanpa syarat” tambah naib presiden PKR
tersebut semasa berjalan keluar, manakala Tamrin dan Haris terlebih
dahulu keluar daripada lokap.
Awal hari ini, sekumpulan kecil penyokong telah mengadakan bantahan
kecil di luar lokap, melaungkan slogan dan menaikkan sepanduk menggesa
pembebasan ketiga-tiga tahanan tersebut.TMI
2 ulasan:
ALHAMDULILLAH....SEMOGA RAMAI LAGI MAJESTRATE BERAKAL DAN TIDAK SEPERTI DITIUP LALANG WUJUD.....
KENAPA POLIS TAK TANGKAP NAJIB SAH ADA BANYAK KES-ALTANTUYA-RASUAH SCOPPENE-ZIANA ZAIN-DAN BELBAGAI LAGI.MAHATHIR KES IC DAK CUKUP PENGKHIANAT NEGARA KENAPA TAK TANGKAP-ZAID HAMIDI JUAL/BELI TANAH MAWIP-HISHAMUDIN LAGI TERUK SEMUA ORANG TAU.TANGKAP TANGKAP TANGKAP TANGKAP TANGKAP SEMUA DEPA NI
Catat Ulasan