KOTA BHARU: Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd
Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman
Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju
dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu
lewat.
Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua
kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan
saksi plaintif.Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif.
“Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kos dalam kes ini secara
keseluruhan,” katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan
Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan.
Sebelum itu hakim menerima permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri
Dr Zahid Hamidi untuk mengenepikan sepina ke atasnya dalam kes
berkenaan.
Hakim memberitahu individu yang lebih sesuai untuk disepina bagi
memberi keterangan dalam kes itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian atau
panglima tentera laut.
Mahkamah kemudian mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000
kepada defendan terbabit. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Mat Arshad
mewakili Menteri Pertahanan.
Sebelum ini Husam memfailkan saman ke atas blogger Papagomo ekoran
perbuatan fitnah yang disiarkan di ruangan blog defendan,
http://www.papagomo.com.
Blogger terbabit pada 6 Disember 2011 menulis berita bertajuk “Gambar
ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China doll” yang disifatkan
plaintif sebagai tidak benar dan tidak berasas.
Husam juga mengemukakan saman sama terhadap seorang lagi blogger,
Mohamad Salim Iskandar yang lebih dikenali dengan blog
http://www.parpukari.blogspot.com.
Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menerbit artikel bertajuk
“Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!”
Dalam pernyataan tuntutan Husam berkata, artikel tersebut menggunakan
gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar yang dikaitkan
dengannya.
Naib Presiden PAS itu menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta terhadap perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.Defendan terbabit juga diwakili peguam Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur.
Bagaimanapun dalam satu lagi kes lain, Husam menarik balik kes saman
terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang memandangkan
saksi-saksi yang akan ditampilkan berada di luar negara.
Peguam Hisham berkata, ada saksi yang masih berada di luar negara
menyebabkan kes tersebut tidak dapat dibicarakan dalam tempoh terdekat.Namun katanya, plaintif bebas untuk memfailkan tindakan saman semula terhadap defendan.
Defendan diwakili peguam Nor Azli Ahamed. Mahkamah juga mengarahkan kos dibayar kepada defendan sebanyak RM2,000.Hrkh
2 ulasan:
tuan, itu copy dan paste dari harakah ke...terpaksalah aku tunggu 7 tahun untuk sahkan betul ke tidak berita tu.
encik kluangman, kalau enko terpaksa tunggu 7 tahun disebabkan source tu dari harakah....maknanya...every berita dari utusex...kene kali 7 ...hahhaha kena tunggu 49 tahun nak confirm betol ke fitnah...sempat mamposss
Catat Ulasan