KUALA LUMPUR 16 DIS: Lebih 300 ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan
(Nube) semalam berpiket depan Menara Bumiputra Commerce berhampiran
pusat beli-belah Sogo bagi membantah pengurusan yang diterajui Ketua
Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Nazir Razak.
Ia berikutan Nube menuntut pembelaan kerana kesatuan itu menganggap
berlaku penindasan terhadap kekerja bank termasuk hak pekerja dilanggar
manakala tanggungjawab sosial dikhinati.
“Afendi
Md Ali dipecat kerana mempersoal penyalahgunaan dana. Norlaily Mat
Loddin yang hamil empat bulan dijerit, dimarahi dan diugut pengurus
cawangan hingga pengsan kerana enggan membuat transaksi yang melanggar
undang-undang.
“Kira-kira 100 pekerja kontrak sementara dinafi jaminan pekerjaan dan
hak untuk kehidupan lebih baik sepertimana dijamin kontrak tetap.
Mereka juga tertakluk kepada diskriminasi melampau.
“Penilaian prestasi dan bayaran kepada pekerja (turut) ditipu;
pekerja dinafi makanan ketika menghadiri latihan dan uniform untuk
pekerja juga diabai,” kata kenyataan Nube.
Demontrasi antara jam 10 pagi hingga 1 petang itu menyaksikan mereka
membawa sepanduk mengecam CIMB dan Nazir, antaranya ‘Adik PM Malaysia
Mungkiri Janji’ dan Adik PM sabotaj Manfaat untuk 100,000 rakyat
Malaysia’.
Demonstrasi turut gamat apabila peserta memutar lagu Gangnam Style
yang diiringi dengan tiupan vuvuzela serta paluan kompang dan gendang
masyarakat India.
Nazir
adalah adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang turut dikait dengan
pendedahan usahawan, Deepak Jaikishan berkaitan pembayaran kepada
Penyiasat Persendirian, Balasubramanim.
Kenyataan Nube juga menyebut, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu
boros berbelanja RM18.7juta bagi menganjurkan pertandingan Golf CIMB
Classics 2012 dan RM2.5juta untuk 128 pemain golf muda.
“Pihak pengurusan tertinggi juga dapat bayaran bonus tinggi beserta kereta mewah dan faedah lain,” katanya.KD
2 ulasan:
Boikot CIMB.Penyimpan keluarkan duit dan pindahkan ke bank lain.Jangan ingat jadi adik PM(itupun sampai bulan April tahun depan) boleh buat sesuka hati tindas pekerja.
http://luar-negeri.kompasiana.com/2012/12/16/terorisme-malaysia-dan-arena-intelijen-516417.html
Catat Ulasan