Banyak kritikan terhadap Utusan Malaysia kerana akhbar itu memainkan
isu-isu untuk memecah belahkan rakyat. Utusan merupakan akhbar untuk
UMNO kerana akhbar itu kepunyaan UMNO. Utusan itu merupakan ‘kuda
pelejang’ untuk UMNO dan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO itu adalah
kerja baik dari sudut pandangan Utusan. Utusan sudah hilang
kredibiltinya yang tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.
Tetapi kalau kita pandang dari sudut yang lain ada caranya untuk
menganggap Utusan itu akhbar yang mampu untuk memberikan kita berita dan
rencana yang baik untuk kita. TETAPI untuk melakukannya ia bersyarat.
Syaratnya hanya satu: iaitu kita mesti ada formula untuk
melakukannya. Seperti matematik formula adalah penting untuk mendapat
jawapan yang tepat. Formulanya ialah, kita mesti membacanya dengan
terbalik. Membaca dengan terbalik adalah jalan terbaik untuk mendapat
kebenaran dari Utusan.
Maksud saya jika Utusan mengatakan yang mereka akan dapat merampas
Selangor, P Pinang, Kedah dan Kelantan maka yang benarnya ialah ia tidak
mungkin tercapai. Jika Utusan kata Himpunan Kebangkitan Rakyat di
Senawang dan Kota Bharu itu tidak berjaya ia bermakna himpunan itu
telah berjaya.
Utusan pernah berkata yang BN akan mendapat 140 kerusi parlimen dalam
pilihanraya nanti, ia bermakna 140 kerusi itu akan didapati oleh
Pakatan Rakyat. Kita juga telah melihat Utusan sentiasa mengatakan yang
negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat tidak berkemampuan tetapi yang
sebenarnya negeri-negeri inilah yang telah menunjukkan prestasi yang
baik dan diakui oleh Ketua Audit Negara.
Utusan mengatakan yang PR tidak berkepimpinan maka yang sebenarnya BN
lah yang tiada kepimpinan sehinggakan ahli-ahli UMNO sendiri
tertanya-tanya siapa yang akan menjadi MB Selangor jika BN memenangi
Selangor. Begitu juga di NS tidak ada siapa yang mampu untuk
menggantikan Mohamad Hasan jika BN masih berkuasa dan mendapat mandat
sedangkan Mohamad Hasan wajib diganti. Bagaimana Utusan boleh mengatakan
UMNO itu sarat dengan kepimpinan. Utusan tidak sedar yang kepimpinan
UMNO sudah mula susut sejak Mahathir mengambilalih kepimpinan negara.
Saya menulis isu ini kerana masih ramai yang terpedaya dengan dakyah
Utusan yang tidak bertanggungjawab itu. Utusan sekarang sudah hilang
matlamat dan tujuan asal penubuhannya. Matlamat Utusan ialah untuk
memenjarakan pemikiran rakyat terutamanya orang Melayu. Utusan tidak
mampu menyedari yang rakyat boleh menilai mana yang baik dan mana yang
buruk. Utusan masih dengan sifat dan ‘attribute’ lamanya iaitu mengeliru
dan menyesatkan pemikiran ramai untuk mengekalkan kuasa.
Saya juga menulis tentang isu ini kerana kita boleh agak apa yang
akan dilakukan oleh Utusan dalam pilihanraya nanti. Saya juga pernah
menulis tentang TV3 kerana TV3 juga mempunyai ‘attribute’ yang sama
seperti Utusan. Itulah sebabnya saluran TV itu sudah mula turun
‘rating’nya dan ia tidak mustahil menghadapi pengalaman yang sama
seperti yang dialami oleh Utusan.
Satu lagi formula apabila hendak membaca Utusan itu, dengan membaca
‘auzubillah’ 33 kali sebelum membuka dan membaca akhbar itu.. Jangan
lupa apabila membacanya, mesti membacanya dengan terbalik. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
2 ulasan:
Alat utk putar belit fakta No.1 di Malaysia
Ustaz Azhar Kemah Keming di KLIK SINI
cadangan yang baik
guru tampar murid, keluarga ditawar wang tarik balik laporan
Catat Ulasan