PENGKALAN CHEPA: Seutas gelang tangan yang dianggarkan
bernilai RM3,000 telah didermakan oleh seorang muslimat untuk dana
Pilihanraya Umum 13 bagi Dun Chempaka.
(Tuan Guru Nik Aziz menunjukkan gelang emas yang disumbangkan oleh seorang muslimat)
Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
ketika membuat pengumuman itu memberitahu gelang tangan berkenaan
didermakan untuk Muslimat Dun Chempaka.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Hari Keluarga Mawaddah dan Pertandingan Kerajinan Tangan Dun Chempaka pagi tadi.
Menurutnya, tidak ramai yang sanggup menderma barang kemas yang sering di pakainya, apa lagi dengan kadar harga bukan sedikit.
“Saya serahkanlah pada Muslimat Chempaka, nak buat apa tentang barang kemas ni, nak jual ke atau macamana kemudian masukkan sumbangan itu dalam tabung sebagaimana yang dihajati,”ujarnya.
Beliau juga berkata hanya mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi sanggup berbuat demikian tanpa diminta.
Menyentuh tentang keluarga mawaddah hanya Islam sahaja yang tonjolkan perkara berkenaan.
“Yang lain hanya mampu menyogok rakyatnya atau pengikutnya dengan wang ringgit dan kebendaan semata-mata,”ujarnya.
Sempena majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan kepada penerima Skim Az-Ziwaj, selain itu penerima anugerah keluarga mawaddah melalui tiga kategori antaranya zamrud dan delima.Hrkh

1 ulasan:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti , seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih . Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir .2:64
Catat Ulasan