Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pelbagai soalan daripada pelbagai lapisan rakyat, dari provokasi pemimpin Pemuda BN hingga ke isu perpindahan, Robbie Van Persie ke Manchester United.
Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.
Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Pembangkang itu terhadap beberapa topik.
Semua soalan dari twitter, facebook atau dilontar secara langsung itu, dijawab Anwar secara spontan tetapi jitu.
Antaranya berkaitan keberkesanan penjawat kerajaan, kewibawaan anggota pasukan keselamatan khususnya polis, isu perumahan dan gejala rasuah serta penyelewengan Umno.
Soalan santai termasuk minat terhadap filem Hindustan dan perkembangan bola sepak turut diajukan, malah Anwar menjawab dan membidas provokasi Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang.
Rancangan lebih sejam itu dikendalikan Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah.
Anwar adalah ahli politik pertama dari Asia Tenggara yang dipaparkan dalam acara Google Hangout.
Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard turut menggunakan Google Hangout untuk berinteraksi dengan rakyat. -KD

2 ulasan:
borak kosong je ke ?
Alat Penjimat Minyak Kereta Gred A ..
Jadi le,drpd umno yg ape pun tkde...at least are gak saluran...umno dh TV,radio semua hehe
Catat Ulasan