KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyifatkan kerajaan Umno
BN mahu menyembunyikan kebenaran mengenai keganasan polis pada
perhimpunan Bersih 3.0, kata Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon.
“Apakah kerajaan tidak mahu kebenaran dicari? Apakah kebenaran
sengaja disembunyikan oleh kerajaan Umno BN dengan menubuhkan sebuah
panel siasatan yang tidak bebas semata-mata untuk meredakan kemarahan
rakyat?” katanya.
Pada kenyataan media petang ini, beliau berkata, AMK kecewa kerana
kerajaan menolak tawaran siasatan bebas yang ditawar pelapor khas
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Frank La Rue dan Maina Kiai.
“Sebaliknya kerajaan berdegil menubuhkan panel siasatan yang tiada
kredibiliti dan dipengerusi bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar
yang prejudis terhadap perhimpunan itu.“Perlantikan itu bukan sekadar dikritik Pakatan Rakyat dan badan
bukan kerajaan (NGO), malah dari
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,
Datuk Saifuddin Abdullah sendiri,” katanya.Siasatan bebas, kata Khai Loon, penting supaya kebenaran sebenar
dapat dicari, seterusnya mengangkat demokrasi negara ke tahap lebih
baik.
“Justeru, AMK mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
menjemput La Rue dan Kiai membuat siasatan bebas mengenai keganasan
polis dalam perhimpunan Bersih 3.0.
Pada 6 Mei lalu, pelapor khas PBB , Frank La Rue menawar diri untuk
menjalankan siasatan bebas insiden keganasan polis pada perhimpunan
Bersih 3.0 dan Bersih 2.0 tahun lalu.
Kerajaan Umno, sebaliknya menolak tawaran itu dan menubuhkan panel
siasatan yang disertai enam anggota dengan Hanif sebagai pengerusi panel
tetapi dikritik pelbagai pihak.
Mengulas lanjut, Khai Loon berkata, kerajaan tidak boleh mengharapkan
penerimaan rakyat dengan panel siasatan yang dicurigai kredibilitinya.
“Jangan terbelenggu dalam syndrom of denial (sindrom penafian). Panel
siasatan yang ditubuh akan jadi sia-sia kerana rakyat sudah bijak
membuat penilaian,” katanya.Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan