Kadar tukaran asing Riyal Arab Saudi berbanding Ringgit Malaysia
Ramai yang mempertikainya, kenapa harga kereta Proton yang diangkat sebagai kereta Nasional lebih mahal berbanding di negara sendiri.
Setakat ini, Proton melalui jawapan menteri di Dewan Rakyat, telah menerima RM494 juta dalam bentuk geran R&D yang mana Proton boleh menggunakan geran R & D tersebut untuk tujuan R & D daripada tempoh tahun 2006 sehinggalah tahun 2010. Itu yang pertamanya.
Dan kalau sebelum ini kalangan daripada anda sudah pun membincangkan harga kereta Nasional Proton yang boleh dijual pada harga bebas cukai kepada warga asing melalui program MM2H melalui laporan berita bertajuk, Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Maknanya di situ sudah menunjukkan harga kereta Proton boleh sebenarnya dijual pada harga yang lebih rendah seperti yang ditawarkan sekarang ini kepada rakyat Malaysia.
Persoalan yang kedua yang sering bermain di pemikiran rakyat Malaysia, mengapa harga kereta proton terdapat perbezaan harga jualan di antara pasaran tempatan dengan harga kereta Proton yang dijual di negara Teluk ataupun di UK, Thailand dan lain-lain.
P/S : Apa pendapat anda pula? Pengguna-pengguna kereta Proton?
2 ulasan:
Bro apa yang dok pening kepala,checkla berapa excise duty kereta di Arab Saudi dan berapa pulak di Malaysia.Kalau kerajaan sanggup kurangkan dah tentu kereta Proton dpt dijual murah disini
Dah lah duit R & D dapat geran, hentam lagi duit rakyat melalui duti excise. Memang bijak kerajaan kita ni.. Rakyat didahulukan utk membayar cukai, keuntungan kroni diutamakan
Catat Ulasan