MAKKAH: Gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah hari ini.
Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.
Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.
Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.
Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.
Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner.Hrkh
Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner.Hrkh
4 ulasan:
Bagusss, tahniaaah ..... sokong Bersih 3 yang di pimpin oleh pemimpin bukan islam yang menentang kuat agama islam, yang menyokong LGBT, yang menyokong permurtadan orang islam ... semoga bertambah berkat Bersih 3 apabila dilancar di Madinah dan Makkah...
Wooi ...orang piii tempat suci untuk membersihkan hati dari sifat-sfat masmumah ...bukan untuk bersih pilihanraya ....dunia...dunia
Kat California, Amerika skrg ni teruk lembu dia orang kena penyakit lembu gila.
Kat malaysia pula, lembu2 umno pun terkena penyakit lembu gila.
ha..ha..ha...
Lembu2 umno ni nanti kalau tengok warna kuning, bertambah sasau la....
JOM KITA KUNINGKAN BANDARAYA KL
Aku bertolak ke KL jam 9.00am besok..
Catat Ulasan