Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 28 Februari 2012

Panas !!! Pengakuan Wanita Yang Didakwa Ditangkap Khalwat Dengan Dr Badrulamin

ROMPIN 28 Feb: Wanita yang didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, semalam.

Menurut akhbar Sinar Harian, hari ini, wanita itu juga membuat penafian bahawa beliau berkhalwat dengan pemimpin KEADILAN berkenaan dan tidak berada dalam bilik yang sama.“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu oleh Malaysiakini.Semalam, wanita berusia 28 tahun itu dari Kolej Komuniti Rompin hadir di mahkamah bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.

Katanya, kerana tindakan khianat itu, Badrulamin bukan sahaja dikurung, malah dibelasah di biliknya oleh pihak yang mahu memerangkapnya.“Saya pergi menemui ustaz Badrulamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini,” rintihnya kepada Sinar Harian.Sabtu lalu, media arus perdana milik BN, termasuk agensi Bernama melaporkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangkap seorang pemimpin KEADILAN kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di Kuantan.

Badrulamin kebetulan berada di Kuantan untuk temurapat atau permukiman KEADILAN pada hujung minggu lalu.Menurut wanita itu lagi, beliau memang kenal rapat dengan Badrulamin dan isterinya, Zumrah Husni, sejak beliau mengikuti rombongan umrah yang dikendalikan pemimpin itu pada 1 Mei tahun lalu dan mereka sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah,” katanya.

Menurut wanita itu, beliau nekad mengemukakan tuntutan cerai kerana kemelut rumah tangganya gagal diselesaikan di sebalik pelbagai usaha.“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Sebelum ini, Badrulamin juga menafikan dakwaan khalwat itu dan berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.SH

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

100%Tak percaya kepada wanita ini. Cari suami wanita itu tanya kisahnya yang sebenar itulah jalan terbaik dari menafikan. Mesti ada sebab musabab kenapa ke hotel kata nak pergi kursus. Something is wrong about this women. Sesiapa yang tahu latar belakangnya.

Tanpa Nama berkata...

.


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila seorang istri bermalam meninggalkan atau menjauhi tempat tidur suaminya maka malaikat akan melaknatinya sampai pagi. (Shahih Muslim No.2594)

.

Tanpa Nama berkata...

oi sedap nya konkek bini orang..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Sebagai seorang islam....tak baik kita menuduh sesama islam...sedangkan kita tiada bukti dan masih lagi belum dijatuhkan hukum..inilah yang telah merosakkan umat islam pada masa kini...

kalau marah sekalipun...berikanlah keadilan pada beliau untuk dibicarakan...

Jika bersalah biarlah beliau terima hukuman..jika tidak..bersihkan nama beliau...

Kita manusia bukan nabi yang tidak melakukan kesalahan...

Tanpa Nama berkata...

jangan menuduh yang bukan2. sesiapa yang menuduh / menyokong/bersetuju dengan apa yang berlaku, tolong bawa saksi yang adil. saksi yang adil adalah seseorang yang amat bertaqwa kepada ALLAH. Allah sahaja yang tahu perkara sebenar.minta semua pembaca berhati2 mengulas perkara yang mengaibkan seseorang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau perempuan itu tidak bersama Badrol tidak ler dinamakan khalwat dan sudah tentu ler ustaz-ustaz Unit Pencegah Maksiat tak tahan mereka.

Perkara simple pun tak tahu ke???

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....