Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 2 Januari 2012

Insiden Demo UPSI : Pengakuan Mengejutkan siswi Yang Ditahan Polis


Seorang siswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti NurulPiteriah yang turut dikenalpasti antara 17 yang ditahan dalam himpunan semalam tampil membuat pengakuan yang mengejutkan.

 Menurutnya yang juga lebih dikenali Yuyu Luna di laman sosial facebook, beliau menyatakan dirinya masih kabur dengan tindakan pihak polis menahannya dalam himpunan itu.

Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012).“Sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya ke balai.

“Saya tidak ditangkap, tetapi diberitahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dorang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu.”, ceritanya dalam satu kenyataan.


Beliau yang dilihat aktif berpencak di pentas gerakan mahasiswa nasional akhir-akhir ini turut diberi amaran keras oleh pihak universiti.

Buang kolej, diugut ‘bar exam’

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) diberitakan telah mengugut siswi berkenaan dalam satu ugutan yang dilihat tidak kena pada tempatnya.

Menurut Siti Nurul Piteriah lagi, beliau menerima ugutan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan di UPSI semester ini.

“Saya memang dah awal-awal lagi diugut oleh TNC HEPA, Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil ‘exam’..”

Dalam pada itu, beliau juga disahkan telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan pihak atasan yang tidak bersetuju beliau terlibat aktif dengan gerakan mahasiswa.

Menurutnya lagi, beliau tetap optimis tindakan pihak universiti itu bakal mengundang padah dalam memastikan imej UPSI dipandang tinggi masyarakat.

“Tindakan so far, dihalau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan “orang atas” yang berkepentingan atau pun “membalas dendam atas kederhakaan.”

“Bagi saya, ianya satu pencabulan dan sebagai isyarat satu revolusi besat bakal berlaku.”

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seluruh rakyat Malaysia wajar bangkit... hentikan kezaliman UMNO/BN.... bangkit seluruhnya.

hussin berkata...

dato paduka junaidi,

malu kawae. ilmu setinggi mana pun kalu dok sokong hok batil, tak ke mana. setakat dunia jah laa. jaga laa jawatan tu, insya' Allah lepas pru 13, dato paduka tahu laa langit tinggi rendah....

heh heh heh

malu ambo, ingat boleh tupae, meleset!

Tanpa Nama berkata...

Pelajar-pelajar itu perlu mengadukan kepada QS dan THES yang mengawal ranking universiti di dunia. Atau menulis kepada universiti-universiti tersohor di peringkat dunia supaya memboikot sebarang bentuk kerjasama dengan IPTA-IPTA Malaysia kerana sikap yang tidak wajar kepada mahasiswa. Sekiranya QS dan THES atau universiti-universiti itu mengambil tindakan, ramai NC yang akan menggigil ketakutan

Tanpa Nama berkata...

umno anjing umno sial umno melayu bangsattttt

Tanpa Nama berkata...

polis2 jangan jadi anjing umno
nti umno telokop korang pn telokop

Tanpa Nama berkata...

dah telongkop umno..kena ingat awak hanya ada SPM..kot2 nanti jadi jaga je...

Tanpa Nama berkata...

dlm U pendidikan?......Pendidikan apa??....kononnya bijak pandai yg dok urus U pendidikan nie.....bijak apa kalo jadi pencacai amno...sanggap jadi abdi jadi pencacai tegar.....ada ilmu tapi jadi kangkung biaq amno buat ulam cicah sambal......kah kah kah
malu laa sikit bila pelekat nama PENDIDIKAN kat UPSI tuh...mana ads pendidikan dok main ugut ugut...elok laa berenti buang.....buat malu melayu saja.......

kah kah kah

aripinsujak berkata...

memang wajar penuntut2 ini di hentikan dari UPSI dan di sumpah tujoh keturunan...

mahani ismail berkata...

kalau tak suka menuntut di UPSI resign aja kok susah2, kata aja bakal2 guru, tapi otak macam otak udang...

mahani ismail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Kalau betul dan yakin tak bersalah jawab je la masa perbicaraan nanti...tak perlu nak heboh sana sini nak kata polis jahat dan zalim...video sebenar pun masa rusuhan tu pun dah ditonton oleh ramai rakyat malaysia...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....