SHAH ALAM
- Persoalan siapa yang akan dilantik menggantikan Datuk Dr Hasan
Mohamed Ali sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu,
Infrastruktur dan Kemudahan Awam masih menjadi tanda tanya.
Walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Hasan sah gugur daripada jawatan setelah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membatalkan pelantikan tersebut, tiada nama calon pengganti dinyatakan.
Siapakah yang layak dalam kalangan baki lima Adun Pas sebagai pengganti Hasan terus menjadi tumpuan.
Exco baru menggantikan Hasan akan mengangkat sumpah Rabu depan. Berdasarkan sistem kuota, pastinya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abd Rani Osman, yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, mendahului carta.
Namun, selain Dr Rani, terdapat dua lagi Adun yang dilihat mampu mengisi tanggungjawab dan tugas sebagai Exco mewakili Pas Selangor.
Calon yang dilihat berpotensi adalah Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar, yang juga Pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Berdasarkan pengalaman membantu Hasan dalam urusan berkaitan portfolio tersebut, tidak mustahil beliau layak diangkat sebagai pengganti.
Dr Shafie yang juga bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika dihubungi Sinar Harian, enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.
Menurutnya, keputusan siapa yang lebih layak menjadi Exco adalah terletak di tangan barisan pimpinan Pas Pusat untuk menentukannya.
"Saya tidak mahu mengulas tentang perkara ini, terpulanglah kepada pucuk pimpinan untuk pilih siapa yang difikirkan lebih layak," katanya.Selain Dr Shafie, seorang lagi calon yang dilihat berkemampuan dan layak diangkat menjadi exco adalah Pembantu Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Adun Sijangkang.
Sekiranya dilihat latar belakang dan pengalaman beliau, Dr Ahmad merupakan pemimpin Pas yang layak yang dilantik sebagai Exco.
Bagaimanapun, Dr Ahmad ketika dihubungi juga menolak andaian bahawa beliau calon berpotensi mengisi jawatan tersebut, sebaliknya menegaskan Dr Rani lebih layak.
“Kita (Pas Selangor) telah membuat ketetapan pada mesyuarat sebelum ini, dengan mencadangkan Dr Rani menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam.
“Keputusan ini dipersetujui oleh kesemua adun Pas di Negeri Selangor termasuk saya sendiri,” katanya.
Menurutnya, cadangan ini tertakluk kepada keputusan Pas Pusat, yang dijangka akan mengumumkan calon tersebut minggu hadapan.
Sebelum ini, Dr Rani memberitahu Sinar Harian, beliau berharap dirinya tidak dicalonkan dan mahu pemimpin Pas Selangor yang lain menggalas tanggungjawab tersebut.
Walau bagaimanapun menurutnya, Pas Selangor akan terima sebarang keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi Pas Pusat dalam perlantikan tersebut.
Pada 10 Januari lalu, Pas Selangor telah sebulat suara mencadangkan Dr Rani menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman menegaskan cadangan tersebut masih tertakluk kepada keputusan rasmi Pas Pusat, sama ada mahu melantik Dr Rani atau orang lain.SH

1 ulasan:
Terharu dgn penjelasan pemimpin Pas. Semua menolak, tak gila kuasa. Bayangkan kalau Umno dalam situasi sama
Catat Ulasan