KOTA BHARU, 12 Nov: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rahsia kejayaan negeri Kelantan
melahirkan ramai alim ulama di negeri ini adalah disebabkan kewibawaan
sultan yang menaungi pemerintahan.
Menteri Besar berkata, ini terbukti apabila usaha dilakukan nenekanda
Sultan Muhammad V iaitu Sultan Muhammad II dan Sultan Ahmad pada masa
lalu dalam usaha mendaulatkan undang-undang Islam di negeri Kelantan.
“Sejarah mencatatkan bagaimana pada zaman pemerintahan nenenda Tuanku
(Sultan Muhammad V) iaitu Sultan Muhammad II dan Sultan Ahmad telah
berusaha untuk mendaulatkan undang-undang Islam di negeri ini,” katanya.
Sambil menyifatkan bumi Kelantan terkenal sebagai Serambi Mekah
melahirkan ribuan ulama sejak ribuan tahun lalu, Menteri Besar berkata
berdasarkan rekod, Kelantan telah mula menerima ‘gema syahadah’ Islam
sebelum Abad ke-12 Masehi lagi.
Beliau berucap pada Istiadat Menyembah Ucapan Taat Setia bagi pihak
Kerajaan Negeri dan rakyat sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan
Kebesaran, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat menyembah Ucapan
Tahniah serta Taat Setia di Istana Balai Besar di sini tengah hari tadi.
Majlis itu sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-42 Sultan
Muhammad V Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Menurut Menteri Besar, penemuan dinar di Kota Kubang Labu, Pasir
Pekan dekat sini lama dahulu juga membuktikan bahawa Islam diamalkan
dalam pemerintahan negeri Kelantan pada masa lalu.
Beliau menegaskan Kelantan adalah di antara negeri mula-mula
mewujudkan sistem pengajian Pondok di rantau ini bagi pengajian dan
penyebaran Islam di mana Pondok pertama didirikan di Kelantan pada 1820
Masehi.
Pondok itu didirikan oleh Haji Abdul Samad Abdullah (Tuk Pulai
Chondong) selain Pondok Tuk Bachok dan Pondok Kubang Pasu yang didirikan
pada 1900.
Didirikan juga Pondok Haji Abdul Malik, Tumpat (1907), Pondok Haji
Yusoff Pulau Ubi, Geting Tumpat(1908), Pondok Sungai Budur, Pondok Kg
Banggol, Pondok Tuk Padang dan Pondok Tuk Semian yang antara lain dengan
itu menampilkan kecemerlangan pengajian Islam di negeri ini.
Menteri Besar berkata usaha untuk mendaulatkan Islam di Kelantan telah diteruskan oleh Sultan Muhmmmad II (1890–1991).
“Baginda telah menguat kuasakan pelaksanaan undanng-undang syariah sama ada jenayah mahu pun mal.
“Dan pada zaman pemerintahan Sultan Mansur (1890 –1900),
undang-undang syariah dilaksanakan sepenuhnya di bumi Kelantan
termasuklah Hukum Hudud ke atas pencuri dan Qisas ke atas pembunuh.
“Baginda juga menguat kuasakan Hukum Takzir bagi orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat,” katanya.
Lantaran itu, kata Menteri Besar, usaha Kerajan Kelantan kini untuk
melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah di ngeri ini bukanlah sesuatu
yang baru.
“Bahkan ia adalah kesinambungan usaha yang telah dilakukan nenekanda
Tuanku (Sultan Muhammad V) bagi melaksanakan undang-undang syariah di
negeri ini secara menyeluruh,” katanya.
Justeru, Menteri Besar berharap dengan bersemayamnya Sultan Muhammad V
serta pemilihan Tuanku sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong,
harapannya dan harapan rakyat seluruhnya agar Sultan Muhammad V
diberikan kekuatan, taufik dan hidayah oleh Allah swt bagi menaungi
rakyat dan negeri Kelantan serta seluruh negara nanti, dengan ruh
syariah.
“Patik yakin, insya Allah, Kelantan yang dikenali sebagai Serambi
Mekah ini akan terus dilimpahi keberkatan oleh Allah swt dan mencatat
sejarah kegemilangan untuk Islam sebagaimana di masa lalu, di bawah
naungan pemerintahan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
“Dari selat ke tengah kota, disulam selasih pohon berangan; Tuanku
berdaulat di atas takhta, diringi kasih yang berpanjangan,’ katanya
mengakhiri ucapan dengan berpantun.Hrkh
1 ulasan:
pelacur masih beroperasi 400m dari opis N.ajis apa nak buat?
Catat Ulasan