Oleh Mohd Sayuti Omar
APABILA berbicara soal politik Kelantan orang tidak akan lepas dari memperkatakan ahli politik bernama Inchek Ibrahim Ali atau di kampungnya orang ‘kelo’ – panggil Mustapa. Tanpa menyebut nama Ibrahim Ali politik Kelantan tidak akan lengkap. Kehadiran beliau dalam kelir politik Kelantan samalah dengan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah dalam wayang kulit. Watak-watak ini dilihat remeh dan melucukan dalam budaya klasik itu tetapi mempunyai signifiken tersendiri.
Betapa
pun sedap dan menarik babak wayang kulit, atau hebatnya Seri Rama
bertarung dengan Bota atau Hunuman Kerta Putih, tetapi ia tidak lengkap
kalau tidak ada campur tangan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah.
Mereka adalah badut keramat dalam wayang kulit. Demikian juga dengan
Ibrahim Ali dalam kelir politik. Ibrahim adalah badut keramat dalam
politik.
Suka
atau tidak suka dia menghidupkan senario politik Kelantan. Menjadi
bahan sejarah dan monumen politik yang senantiasa dikaji. Wataknya
bervariasi dalam hal ini. Warnanya melebihi warna pelangi.
Berbelang-belang macam rimau dan boleh menyalinkan warna badan macam
chemeleon – pak ka. Ada kalanya dia menjadi watak penyelamat dan ada
kalanya dia menjadi watak pengacau dan samseng. Kedua keadaan itu boleh
dipengaruhi olehnya. Di sinilah kegeligaan Ibrahim yang dikaitkan
sebagai seorang ahli politik yang tidak mementingkan moral dan maruah
dan 'temooh' - melampau mementingkan kemenangan dan glamour.
Bila
sebut Ibrahim jelumu atau kubunya ialah di Pasir Mas. Di sinilah dia
bermula dan di sinilah dia mencipta sejarah dan di sinilah dia merasai
kepedihan dalam sepak terajang politik. Pasir Mas menjadi kloni
membesar, mematang dan mencatat kejayaan buatnya. Pasir Mas senonim
dengan diri Ibrahim Ali. Mungkin juga di bumi limbahan logam emas inilah
bakal menjadi liang lahad kepada dunia politiknya.
Ibrahim
telah meletakkan Pasir Mas sebagai buminya. Dia telah mencangkan
begitu dan mempedaya orang Kuala Lumpur. Dia terperasaan dirinya
bersinar macam emas. Kerana itu banyak orang menduga Pasir Mas adalah
kubu kuatnya. Kawasan survial politiknya. Benarkah begitu?
Bagi
mereka yang hanya mendengar dakwaan Ibrahim dan melihat kejayaannya
akan meraskaan bahawa Pasir Mas sebagai kubunya. Tetapi kalau didekati
dan membuat analisa keputusan serta melihat kepada pengaruh
sebenarnya, mungkin tanggapan itu boleh dipersoalkan. Pasir Mas bukan
negeri mutlak Ibarahim. Dan diri Ibrahim sendiri tidak secerah kilau
emas.
Hakikat
ini akan terjawab apabila dilihat kepada keputusan-keputusan pilihan
raya (kerusi Parlimen) di Pasir Mas yang melibatkan Ibrahim Ali.
Ibrahim
telah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas sebanyak enam kali dan
sekali di kerusi Dun Pengkalan Pasir dalam pilihan raya kecil.
Daripada tujuh pertandingan itu Ibrahim menang tiga kali dan kalah
empat kali. Secara aggragete kedudukan Ibrahim 3 – 4.
Kali
pertama beliau menang ialah pada tahun 1986 untuk kerusi Parlimen
Pasir Mas mengalahkan calon Pas Zakaria Ismail dengan kelebihan undi
sebanyak 3,376. Ibrahim memperolehi 15,279 undi manakala Zakaria
mendapat 11,903 undi. Untuk adil mungkin tidak perlu disebut saat itu
Pas Kelantan dalam keadaan lemah yang memudahkan Ibrahim menang.
Pada
tahun 1990 sekali lagi Ibrahim menang atas tikit Semangat 46 dengan
majoriti lebih besar sebanyak 9,290 undi. Beliau menewaskan Hanafi
Mamat dari BN. Beliau memperolehi 20,066 undi manakala Hanafi mendapat
10,776 undi.
Dalam
pilihan raya 1995 Ibrahim yang bertanding atas tikit BN tewas kepada
Zainuddin M Nor muka baru dengan kekurangan undi sebanyak 3,216.
Ibrahim mendapat 19,394 undi manakala Zainuddin mendapat 19,394 undi.
Pilihan
raya tahun 1999 sekali lagi memperlihatkan Ibrahim yang bertanding
atas tikit BN ‘tertumuh makan tanah’ kepada calon Pas Ismail Nuh.
Ismail menang dengan mendapat majoriti besar 8,292 dengan mengutip
jumlah undi sebanyak 23,967 manakala Ibrahim mengutik sebanyak 15,575.
Kekalahan
berterusan dialami Ibrahim dan paling teruk ialah pada tahun 2004
apabila beliau bertanding atas lambang bebas – bersendirian. Dalam
pertandingan tiga penjuru itu di antara calon Pas Ismail Nuh, calon BN
Abdul Rahim Abdul Rahman, Ibrahim mampu mengutip undi sebanyak 6,198.
Ismail yang mengutip 17,526 undi menang dengan majoriti 1,251 undi
manakala Abdul Rahim meraih 16,275 undi.
Seperti
dikatakan tadi Ibrahim seorang yang geliga dan bermuka 'bobon' dalam
politik. Kekalahan berturut-turut sebanyak tiga kali itu ditebus
dengan kemenangan dalam pilihan raya 2008 lalu atas tikit Pas penuh
bergaya. ‘Congik cakdong’ politiknya berjaya membodek Pas untuk
memberi lambang kepadanya. Cerita macam mana Ibrahim membubuh cenduai
kepada Pas akan dikisahkan dalam catatan lain.
Hasilnya
Ibrahim menang dengan majoriti besar menyamai kemenangan semasa
bertanding atas lambang Semangat 46 1990 dulu, dengan mendapat majoriti
8,991 undi. Ibrahim mendapat sebanyak 28,673 undi mengalahkan calon BN
Ahmad Rosdi yang mendapat 19,682 undi.
Melihat
kepada keputusan-keputusan itu yang merekodkan jatuh bangun politik
Ibrahim itu, kini timbul persoalan bagaimana nasib Ibrahim pada pilihan
raya akan datang. Apakah beliau akan mencipta sejarah sebagai
seorang politik paling canggih dengan mencatat kemenangan atas
berbagai lambang atau pun pilihan raya tahun depan bakal mempusarakan
Ibrahim dari politik?
Di
sini saya tidak mahu meramalkan apakah Ibrahim akan bertanding atas
bebas atau pun kembali mencium semula punggung Umno. Ibrahim boleh dan
sanggup melalukan apakah saja demi survial politik dirinya. Dipercayai
beliau akan menggunakan pengaruh Dr Mahathir Mohamad untuk ‘memaksa’
Najib memberi laluan kepada Ibrahim. Alasan akan digunakan kalau Nik
Aziz sedia bagi laluan kenapa tidak dengan Najib? Dalam percaturan ini
Najib dilihat sangat mudah untuk 'disim salbimkan' oleh Ibrahim.
Bagaimana
pun apa yang dapat dirumuskan berpandukan keputusan enam pilihan raya
itu membayangkan bahawa pengaruh peribadi Ibrahim di Pasir Mas bukan
sebesar yang digembur-gemburkan. Bagi melihat pengaruh atau kekuatan
Ibrahim sebenar perhatian kepada pencapaian (prestasi) kepada dua
pilihan raya disertainya. Pertama pilihan raya 1990 semasa bersama
Semangat 46 bergabung dengan Pas di mana Ibrahim bertanding atas
lambang Semangat 46, dan kedua dalam pilihan raya lepas (2008) apabila
Ibrahim diberi laluan tanpa ‘bai'ah’ atas lambang bulan.
Dalam
kedua pilihan raya itu Ibrahim berjaya meraih majoriti hampir 10,000.
Tahun 1990, majoritinya 9,290. Manakala tahun 2008 majoriti yang
diraihnya sebanyak 8,991. Pertandingan Ibrahim atas lambang BN tahun
1986 beliau hanya mendapat kurang separuh dari jumlah itu iaitu sebanyak
3,3376. Ini bererti kombinasi Ibrahim dengan Pas dan Semangat 46
cukup menyakinkan dan memang besar. Sementara kombinasinya dengan Umno
sangat lemah.
Dalam
erti kata lain dapatan itu menunjukkan bahawa kemenangan besar Ibrahim
di Pasir Mas adalah atas bantuan dan simpati ‘musuhnya’ - Pas dan
Semangat. Pertandingan atas tikit bulan BN juga menunjukkan pengundi
atas pagar di Pasir Mas turut sama menyokongnya. Pengundi bebas sedia
menyokong Ibrahim sekiranya beliau bertanding tidak atas lambang
dacing.
Selain
dari itu keputusan tujuh kali pilihan raya itu juga menjelaskan
pengaruh atau kekuatan sebenar Ibrahim Ali. Adalah tidak benar kalau ada
pihak mendakwa pengaruh peribadi Ibrahim mencecah belasan ribu.
Untuk
mengetahui berapa ramai pengaruh peribadi Ibrahim boleh dilihat
kepada jumlah undi yang dipunggut pada pilihan raya tahun 2004 dimana
beliau bertanding atas calon bebas - bersendirian. Keputusan ini
adalah realistik. Dalam pilihan raya itu beliau hanya mengumpul
sebanyak 6,198 undi saja, iaini tidak sampai separuh daripada jumlah
undi dikutip oleh calon Pas Ismail Nuh dan calon BN Abdul Rahim yang
mendapat 33,801 undi. Pilihan raya itu menyebabkan Ibrahim hilang wang
pertaruhan.
Secara
specifiknya pengaruh peribadi Ibrahim untuk Dun Permatang Pasir hanya
415 undi saja. Angka ini didapati apabila Ibrahim meraih jumlah itu
dalam pilihan raya kecil Dun Pengkaslan Pasir yang mampu dipunggu 415
undi saja. Secara mudahnya pengaruh atau kekuatan Ibrahim untuk
ketiga-tiga Dun yang meliputi Parlimen Pasir Mas (Chetok, Pengkalang
Pasir dan Tendung) hanya sekitar 1,500 hingga 3,500 sahaja, di mana
kalau dijumlahkan kekuataannya sekitar 6,000 undi saja atau kira-kira
10% daripada 59,640 jumlah pengundi berdaftar tahun 2008.
Paluan
gendang dan gong serta salakan mengatakan Ibrahim mempunyai kekuatan
peribadi sehingga belasan ribu itu hanya ilusi saja dan mungkin
angaka-angka itu turut dicampur dengan bayang-bayang angka yang dapat
dilihat itu sekitar 6,000.
Tegasnya sukar untuk Ibrahim Ali mengekalkan kerusi Pasir Mas dalam
pilihan raya akan datang. Sama ada beliau diberi laluan bertanding
atas tikit BN sekalipun, kemenangan untuknya sangatlah tipis, setipis
kulit bawang di belah tujuh. Apa lagi kalau beliau bertanding atas
tikit bebas berlambangkan payung sekali lagi tindakan itu adalah satu
tindakan ‘harakiri’ baginya. Ibrahim hanya boleh menang sekiranya
kesemua calon yang akan mengemukakan kertas pencalonan nanti ditolak
oleh SPR.
http://msomelayu.blogspot.com/
5 ulasan:
Tak mengapa kalau Ibrahim Ali kalah kerana cita2nya tidaklah setamak dan serakus pemimpin PAS yang kemaruk kuasa Putrajaya.
Apalah erti kemenangan kalau sekadar jadi anjing DAP
Namapun gabungan manusia dan haiwan....badan je manusia ...otak haiwan kot....
Kalu pemimpin PAS tamakkan kuasa... tak ada peluang langsung Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS pada PRU baru-baru ni.
Apa erti kemenangan juga kalau banyak menipu dalam PRU?
@anon 3.41.. tuan tidak menjawab pendapat @kluangman ?
orang macam tuan lah yang merugikan pr... sepatut nya memberi pandangan, dan bukan "menafi" kan pendapat orang lain... @ anon 5.04 telah memberi pandangannya terhadap @kluangman
pada saya, jika ibrahim ali tiada sokongan yang kuat di parlimen nya.. kenapa susah susah menulis artikel yang panjang seperti ini.. letak aje le, sesiapa saja untuk menjadi calon PAS... pengundi pengundi di pasir mas bukan bodoh...
sekali lagi !!!
mun rasa ibrahim ali tidak ada pengaruh, TIDAK PERLU hendak di highlight dengan tulisan yang panjang lebar..
Bengong sungguh kkakah nim.penulis buat analisis,bukan takut ko pengaruh berehing.bo Bo la jadi ore.
Catat Ulasan