Hasan berkata beliau “sanggup melakukan apa sahaja” demi memperjuangkan kepentingan umat Islam. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam, sebelum berdepan dengan jawatankuasa kerja PAS pusat untuk menjelaskan tindakan serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu.
Akhbar
milik Umno Utusan Malaysia, dalam laporan di muka depan edisi hujung
minggu hari ini mengatakan pemimpin kanan PAS ini di bawah tajuk “Saya
rela dipecat.”
“Saya
sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya
diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa
jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat
membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor,” kata Hasan.
“Jika
sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka
soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu gugat sama sekali dan
itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?” tambah Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan
Awam Selangor ini.
Hasan
sebelum ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais) yang membuat serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah di
Gereja Methodist Damansara Utama.
Beliau
berkata majlis itu juga pihaknya telah dimaklumkan perkataan
“al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan
umat Islam.
Enakmen
Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang
menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam
ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan
siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.
Tindakan
Hasan mempertahankan Jais berlaku selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid
Ibrahim melahirkan rasa kesal tentang insiden yang berlaku.
Dilihat
sebagai satu isu keagamaan konservatif, Hasan tidak bersetuju dengan
dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah
larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini.
Hasan telah kehilangan jawatan utama pada pemilihan PAS, yang dilihat memilih pemimpin lebih progresif dan inklusif.
Selepas tidak dikekalkan sebagai pemimpin nombor satu Selangor, tindakan Hasan dilihat cenderung kepada pemikian Umno.
“Dalam
profram itu, pihak penguatkuasaan dan polis telah melakukan
pemeriksaan dan mendapati ada usaha untuk menghalang serta mengelak
bahan bukti,” kata wakil rakyat PAS ini.
Beliau
berkata pihak berkuasa telah menemui bahan bukti yang mengaitkan
dengan usaha untuk memurtadkan umat Islam tapi tidak mendedahkannya.
Hasan menambah beberapa orang Islam telah cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya ditangkap pegawai Jais.
Beliau
juga menafikan pihak berkuasa telah melakukan “serbuan” ke atas gereja
itu sebaliknya mengatakan ia adalah satu pemeriksaan yang dibuat
berdasarkan satu laporan bahawa orang Islam menghadiri acara “berbuka
puasa” di gereja itu.TMI
2 ulasan:
Mengapa harus menyalahkan Dr. Hassan?
Nasib baik baik dia dan JAIS bertindak kalau tidak entah berapa ramai dah murtad. Mereka yang menyalahkan Dr. Hassan adalah yang jahil dan munafik mementingkan politik dari aqidah umat. Pihak Kristian adalah musuh selamanya yang sentiasa berusaha untuk memurtadkan
umat Islam. Sila rujuk Al-Quran juga hadith2. Lisan Nasrani tak boleh dipercayai. jangan jadi bodoh!
Adakah kerana ketempangan badan baitulmal kita kena tiupkan semboyan perang terhadap kristian.. Ia umpama meludah ke langit kerana puncanya datang dari kelemahan kita sendiri..Jika pencemaran rumah ibadat dihalalkan di malaysia jangan marah jika Eropah menghalalkan mencemarkan Masjid..
Catat Ulasan