Menurutnya yang kesal dengan kenyataan itu berkata, beliau hanya berkata polis ada kuasa menahan siapa sahaja tetapi adalah pelik jika polis menahan orang yang memperjuangkan membebaskan cengkaman ke atas demokrasi.
Sebaliknya, akhbar itu pada muka hadapannya bagi edisi Kelantan melaporkan Mohamad sedia ditahan.
Laporan itu memetik Mohamad sebagai mendakwa jika ditahan di bawah ISA sekalipun, pemimpin PAS tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Mohamad didakwa mengeluarkan kenyataan itu selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden Pas dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar di Jalan Kubur Maras, semalam.
"Saya kesal dengan laporan Sinar Harian hari ini.
"Saya kata, dahulu ISA diguna ke atas pengganas tetapi kini diguna ke atas mereka yg mahu memperjuangkan demokrasi," katanya kepada Harakahdaily.
Sementara itu, beliau sekali mengulangi pendirian bahawa PAS tetap akan bersama dalam himpunan Bersih 2.0 dan meyokong tuntutan bersih ke arah pilihanraya adil dan telus.
“PAS akan sokong Bersih, setakat ini kita akan teruskannya, PAS tetap sertainya, kerana Bersih 2.0 hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihan raya dan bukannya untuk menggugat kestabilan negara," katanya.Hrkh
3 ulasan:
Baguslah kalau Mat Sabu nafikan, tandanya ada ketar dan getar juga pada ISA. Memang wajar tu, Mat Sabu sekarang bukan Mat Sabu macam dulu yang sengkek naik bas ekspres budaya atau trans kehulu ke hilir dan tidur di surau atau homestay kawan2.
Sejak berkawan dengan Anwar, Mat Sabu sudah bergaya, ada style, ada nampak macam korporat, kenderaan mewah dan pelbagai lagi.
Mana mungkin mahu mmrengkok dalam penjara ISA. Kita wajar simpati pada Mat Sabu.
kluangman ni memang darah cap keris........pukimak lu
Nama pun keluang ada otak tp akal xde!!!! Kosong!!!!
Catat Ulasan