Kematian Allahyarham Baharudin Ahmad, 58 telah mengejutkan negara,
lebih-lebih lagi dengan pendedahan pihak polis yang menyatakan bahawa
arwah meninggal dengan tiga tulang rusuk dan giginya patah… sedangkan pada awalnya polis juga mengeluarkan kenyataan bahawa arwah meninggal kerana serangan jantung.
Namun, menurut anak Allahyarham, Mohd
Nasrul, keluarganya masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat
fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa
menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu
sedangkan pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah
siasat yang dijalankan ke atas jenazah.
Bukan itu sahaja, dalam menguatkan
hujah mereka, polis telah memaparkan gambar 'Baharuddin' memegang
dadanya semasa perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu.
Kini, rakyat sedang bertanya –
Kini, rakyat sedang bertanya –
“Kepada siapakah yang boleh
diharapkan supaya keadilan dapat ditegakkan dalam kes seumpama mendiang
Teoh Beng Hock, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, mendiang A.Kugan dan
yang terkini arwah Baharuddin?”
Nak mengadu pada pihak berkuasa, tetapi yang menyiasat juga ialah pihak berkuasa dan perkakas yang tidak berani melawannya.
Rakyat kini susah hendak menerima
hasil siasatan pihak berkuasa, terutamanya apabila pihak berkuasa yang
menerima aduan turut terpalit dalam kes-kes tertentu untuk menghukum
mereka sendiri.
Paling hebat ditubuhkan Suruhanjaya
Diraja – sekiranya satu hari nanti Suruhanjaya Diraja juga hilang
kewibawaan, maka akan ditubuhkan Suruhanjaya Khas pula – lambat-laun
segalanya gagal mendapat kepercayaan rakyat apabila mereka menyedari
hakikat yang terang lagi bersuluh bahawa semuanya telah dicemari dengan
campur tangan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional di belakang
takbir.
Bahkan, kerajaan boleh berusaha untuk mengubah nama institusi-institusi dengan pelbagai nama sekalipun, namun hakikatnya semua itu hanyalah perubahan komestik kerana realitinya sistem negara telah punah kerana ia dipimpin oleh Umno Barisan Nasional yang telah punah struktur asasnya.
Bahkan, kerajaan boleh berusaha untuk mengubah nama institusi-institusi dengan pelbagai nama sekalipun, namun hakikatnya semua itu hanyalah perubahan komestik kerana realitinya sistem negara telah punah kerana ia dipimpin oleh Umno Barisan Nasional yang telah punah struktur asasnya.
Ia tidak lebih umpama bangunan yang
telah dimamah anai-anai, walau kelihatan dari luarnya kukuh, sebenarnya
ia hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi.
Kepincangan serius ini menuntut
sesuatu tindakan untuk dilakukan segera agar institusi-institusi yang
disandar rakyat bagi menuntut keadilan dan hak mereka dapat terus
diyakini.
Untuk itu, PAS mengingatkan rakyat bahawa keadilan hanya dapat diperolehi daripada satu sistem yang adil dengan syarat sistem yang adil tersebut dilaksana oleh pimpinan yang adil.
Untuk itu, PAS mengingatkan rakyat bahawa keadilan hanya dapat diperolehi daripada satu sistem yang adil dengan syarat sistem yang adil tersebut dilaksana oleh pimpinan yang adil.
Diharapkan rakyat sudah bersiap sedia untuk melangkah ke arah perubahan tersebut di PRU ke 13 nanti.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan