Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 30 Julai 2011

Bersih 2.0 : Lagi Mangsa Tampil Dedah Keganasan Polis

KUALA LUMPUR: Seorang saksi yang mengalami kecederaan semasa perhimpunan Bersih 2.0 lalu, tampil mendedahkan bagaimana beliau tercedera akibat terkena tembakan gas pemedih mata oleh polis ketika di KL Sentral 9 Julai lalu.
Mangsa, Yew Boon Lye, 40, berkata, semasa kejadian, kumpulan yang dianggotai pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bergerak melalui laluan bawah KL Sentral dan tidak menyedari tembakan gas berkenaan.
“Sebenarnya, kami semua tidak sempat keluar daripada tempat tersebut, sudah dengar tembakan gas pemedih mata, tidak sempat tengok apa yang terjadi, saya dah kena tembakan,” katanya menceritakan detik-detik cemas kejadian ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Boon Lye yang juga Ketua Cabang KEADILAN Klang berkata,  beliau kesal dengan tindakan ganas polis yang disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Ini tindakan pihak berkuasa kita yang kurang berperikemanusiaan yang boleh dikatakan zalim terhadap rakyat-rakyat yang tidak berniat dan berupaya menyerang, tapi mereka (polis) pula yang menyerang kita,” katanya.
Menurutnya, akibat terkena serpihan gas kanister tersebut, beliau mengalami kecederaan di bahagian tepi mata sebelah kiri.

“Cermin mata saya hilang, tidak tahu masa bila jatuh, tidak nampak langsung kerana penuh asap, memandangkan kawasan di sana tertutup, saya sesak nafas rasa macam nak muntah,”
“Saya tidak dapat buat apa-apa, tetapi saya masih dapat tangkap gambar mata kiri saya yang bengkak dan lebam di hujung tepi mata,” ujarnya yang turut menunjukkan gambar kecederaan tersebut.
Tindakan ganas polis itu menyebabkan semua peserta bertempiaran sehingga ada yang tercedera termasuk beberapa pemimpin Pakatan.
Ekoran kejadian itu, beliau membuat laporan polis pada 18 Julai lalu, dalam keadaan mata sebelah kirinya masih terasa sakit.
Antara yang tercedera dalam kejadian tersebut ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa dimasukkan ke hospital, pengawal peribadinya, Fayyadh Al Bakri yang remuk tulang pipi dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengalami enam jahitan di kepala.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....