Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 20 April 2011

PKR Serik Dengan Wakil Rakyat Lompat Parti

KUALA LUMPUR, 20 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhadapan dengan tindakan melompat parti beberapa ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sejak awal 2009 tidak mahu tertipu sekali lagi dan mahu “memperketatkan” proses pemilihan calon, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sehubungan kata Dr Wan Azizah, hanya mereka yang menghargai perjuangan PKR akan diturunkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau, partinya telah melalui pengalaman pahit akibat tindakan wakil rakyat-wakil rakyat yang melompat parti dan menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kehilangan Perak.

“Kami akan memastikan kami tidak ditipu sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang,” kata beliau, dipetik The Star Online, dalam ucapannya pada majlis sambutan ulang tahun ke-11 PKR Perak di sini malam tadi.

Pakatan Rakyat kehilangan kuasa kerajaan negeri Perak selepas Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu bersama Adun DAP Datuk Hee Yit Foong meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi anggota mesra Barisan Nasional.

Selain dua Adun itu, PKR juga kehilangan Adun dari Kedah dan Selangor.

Selain itu, PKR juga kehilangan lima ahli Parlimen manakala seorang lagi dipecat kerana masalah disiplin.TMI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau serik kena apa tamak tanding 49 kerusi diPRN Sarawak.Apa jaminan yang 49 calun itu,calun yang tak akan jadi katak lompat.Kalau diSemenanjung depa boleh jadi katak lompat,diSarawak baqgaqi mana?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....