Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 22 April 2011

Pemimpin Pas Kedah Pilih Tuan Guru Hj Hadi Awang

ALOR SETAR - Tiada pemimpin Pas yang dilihat setakat ini lebih layak menggalas tanggungjawab sebagai presiden parti itu, melainkan yang sedia ada, Datuk Seri Abdul Hadi Awang(gambar), kata Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Exco Kerajaan Negeri itu berkata, secara peribadi, beliau melihat tiada lagi pemimpin yang dianggap matang dari aspek politik, tarbiah dan dakwah Islamiah selain Abdul Hadi dan ianya dinilai berdasarkan pengalaman serta ilmu pengetahuan yang dimiliki pemimpin itu. Imbang Penuh
Sebagai parti Islam, Phahrolrazi berkata, penilaian untuk melantik seorang pemimpin dalam Pas bukan hanya bersandarkan pengaruh politik, sebaliknya turut mengambil kira keupayaan bertarbiah dan menyampaikan dakwah sebagaimana dituntut al-Quran dan Hadis.

“Berhubung tindakan Pas Bukit Bintang mencalonkan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa sebagai calon presiden, saya menganggapnya sekadar pandangan sebagai pemerhati politik dan tidak perlu digembar-gemburkan kerana kedudukan Abdul Hadi bakal ditentukan perwakilan.

“Isu pertukaran jawatan sebenarnya tidak menjadi masalah dalam Pas kerana pemberian jawatan lebih dianggap sebagai amanah Allah dan amanah manusia yang diberikan kepada individu dipilih. Justeru, saya yakin seluruh perwakilan akan memilih calon terbaik pada Jun nanti,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Datuk Taib Azamudden Md Taib menyifatkan pandangan penganalisis politik, Profesor Dr Abdul Aziz Bari menganggap Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, sebagai liabiliti hanyalah pandangan peribadi semata-mata.

Menurutnya, dalam Pas, penilaian kepimpinan perlu dilakukan pada aspek menyeluruh kerana kepimpinan ulama tidak sama dengan kepimpinan bukan ulama.

“Soal sama ada Abdul Hadi tidak kukuh kerana gagal mempertahankan parti dalam banyak isu, saya beranggapan setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.

“Dalam Pas, jawatan dipikul bukan sahaja melibatkan amanah orang ramai, malah turut melibatkan amanah kepada Allah. Pemimpin dalam Pas sentiasa bertukar, tetapi asas perjuangan tetap sama kerana ia adalah amanah,” katanya.

Taib Azamudden berkata seseorang pemimpin Pas berasa rahmat sekiranya tidak diberi sebarang jawatan dan mandat daripada parti kerana amanah Allah sebenarnya amat berat untuk dipikul.SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS Kawasan Bukit Bintang calunkan Husam Musa untuk jawatan Presiden,Kawasan Kuala Pilah calunkan Drs Idham Lim pulak jadi calun Presiden.Nampaknya dah banyak kawasan inginkan Presiden PAS baru ganti Hadi Awang.Tentu ada yang tak kena pada Hadi Awang.

Tanpa Nama berkata...

elok lah ganti presiden dgn org yg lebih muda, tp jangan pilih org yg ada hati kerajaan perpaduan(dgn umno).

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....