Khusrin yang dilantik Kerajaan Pusat sebelum ini sudah mengangkat sumpah pelantikan di hadapan Sultan Selangor 7 Januari lalu. Namun, beliau belum lagi mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar Selangor seperti dikehendaki Perlembagaan Negeri.
Menurut Khalid, mesyuarat akan dibahagikan kepada dua bahagian.
“(Mesyuarat itu) kita strukturkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dia boleh hadir, satu bahagian lagi dia tak boleh hadir,” kata Khalid.
“Ini perkara biasa, malah kakitangan awam juga adakan mesyuarat mereka yang tidak dihadiri oleh exco, contohnya mesyuarat ketua jabatan,” tambahnya.
Ketika ditanya, Khalid menjelaskan majlis tersebut akan dilangsungkan minggu depan.
“Ia minggu depan. Kami akan maklum kepada anda. Kita ada jadual,” kata Khalid.Keadilandaily
2 ulasan:
Tu laa kalau dah kena cucuk idung...kena rahsiakan betapa monyoknya di mesyuarat tu nanti. Malu ler
sapa yg kene cucuk hidung ni??? khusrin ke khalid?
Catat Ulasan