Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 1 Januari 2011

Isu Senamrobik Teo : Jawapan Untuk Umno !!!

standard Umno terserlah,saksikan video dan gambar dibawah....





Berpelukan dengan bukan muhrim,apakah ini dihalalkan dalam Islam??
Aksi menjolok mata Rosmah tidak pernah mendapat teguran dari golongan agama dalam Umno.Mana Penasihat Agama PM...
Sempurnakah cara menutup aurat Puteri Umno ini,tidakkah ini satu penghinaan pada Islam..
Bini Najib dan Rais Yatim,sempurnakah pakaian mereka sebagai wanita Islam..tuntutan menutup aurat tidak semestinya didalam atau perkarangan Masjid sahaja...


Sempurnakah cara menutup aurat Rosmah ??


Ahli Lajnah Politik PAS, Khalid Samad(gambar kiri) membidas serangan pelbagai pihak didalangi Umno dan akhbar Utusan Malaysia yang menghentam Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan menganggap sebagai bermotif politik.

Beliau mempersoalkan pula pelbagai program yang dilakukan golongan rapat dengan UMNO seperti Puteri Umno dan Wanita Umno yang langsung tidak diendahkan sesiapa walaupun pelakunya orang Islam sendiri.

"Kalau pihak Puteri Umno buat, itu tak apa, tak tutup aurat pun tak mengapa. Nak buat apa peduli Teo Nie Ching, dia bukan orang Islam. Patutnya diberi keutamaan kepada orang Islam itu sendiri. Tapi orang bukan Islam yang di'highlight', nak bantai, nak kritik, lepas tu nak jauhkan dia dari masyarakat Islam dan surau. Ini satu sikap yang saya rasa bermotif politik," katanya.

Khalid mengulas mengenai Isu Nie Ching, dengan memakai pakaian ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai senamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya baru-baru ini.

Hal itu mendapat liputan meluas dari akhbar Utusan Malaysia dan pemimpin Umno yang menganggap Teo mencemarkan kesucian masjid.

Teo kemudiannya menyatakan bahawa beliau akan meneruskan pendekatannya menyertai aktiviti anjuran umat Islam meskipun akhbar Utusan Malaysia milik Umno terus-menerus menyerangnya termasuk yang terbaru kerana mengambil bahagian dalam senamrobik di pekarangan sebuah masjid di Balakong.

Meskipun mengakui tindakan menyertai aktiviti itu di Masjid Taman Cheras kemungkinan menjejaskan sokongan undi orang Melayu, Teo berkata, beliau akan terus menyertai aktiviti seumpama itu dalam usaha merapatkan hubungan dengan para pengundinya.

Khalid mempersoalkan kefahaman UMNO mengenai Islam yang seolah hanya bersifat luaran sahaja dan tidak menyelesaikan sebarang permasalahan sebenar.

"Sedangkan kita lihat di luar, orang perempuan Melayu ajar senamrobik pakai shorts dan baju ketat tak ada orang bising? Adakah buat dekat surau saja salah, di luar tak salah?Ini yang saya tak faham dengan UMNO ni, Memelayukan Islam sehingga Islam nampak sempit dan mengelirukan," tegas Khalid.TVS

3 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum admin...hmm..xpenat ke mreka ni..?huhu...saye yg tengok ni pun penat dah..xlarat nak layan..pi mai pi mai,kena batang hidung mreka balik..buat malu je..adeyy..dah la tu umco,kami letih dgn permainan busuk kamu..

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

Waalaikummusalam Aq Hamba inilah Umno gajah didepan mata diorang buat tak tahu kuman diseberang bising bagai nak rak...

Unknown berkata...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

sekadar perkongsian..=)

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....