Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 4 Oktober 2010

Pemilihan PKR : Azmin Serang Zaid Habis Habisan



AMPANG: Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini mengecam pemimpin yang baru menyertai parti yang didakwa bersekongkol dengan media Umno untuk menghancurkan parti.
Beliau yang akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR berkata, pemimpin itu mencerca dan pempersoalkan pimpinan parti secara terbuka melalui akhbar milik Umno.
Katanya, jangan ingat dalam demokrasi akan bebas segala-galanya dan bercakap kepada media yang yang sebelum ini kita kata `kertas tandas.’ Bagaimanapun, ahli parlimen Gombak berkata, beliau akan melawan mana-mana individu yang sanggup menghancurkan parti.
Beliau turut meminta ahli PKR menolak pemimpin ini sebaliknya memilih pemimpin yang telah terbukti kesetiaannya kepada perjuangan parti. "Individu (pemimpin) ini telah mempertikaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum parti kita.
“Siapa kita nak pertikaikan Anwar Ibrahim. Cermin muka dulu, kalau kita jadi pemimpin adakah kita boleh bawa agenda reformasi,“katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat PKR cabang Gombak hari ini yang dihadiri kira-kira 100 orang.
Individu ini, kata Azmin turut memperkecil-perkecilkan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden.Dr Syed Husin Ali.
“Jawatan presiden yang disandang oleh Dr Wan Azizah, dia kata boneka sahaja. Syed Husin , pemimpin yang cukup berpengalam yang menghambakan diri kepada perjuangan parti pula dia kata nyanyuk atau nyanyu.
“Indiuvidu ini baru setahun menyertai PKR tetapi tidak faham agenda reformasi yang ditegaskan dalam dekrelasi Permatang Pauh 10 tahun yang lalu,”katanya.

Azmin menambah, "adakah pemimpin ini yang hendak kita pilih menjadi pemimpin parti kita."
Menurutnya, setelah menang besar pada 2008, gerombolan datang untuk masuk PKR dan parti menerima dengan tangan terbuka.
Tetapi, katanya, ada juga yang masuk untuk merosakkan parti.
Dalam ucapan kira-kira 40 minit itu, orang kuat Anwar itu turut menempelak beberapa pemimpin lain yang telah melompat parti.
"Ada ahli yang baru dua tahun menjadi ahli parlimen melompat parti, ada wakil rakyat yang khianat dan ada pemimpin yang tidak tahan diuji lompat parti dan dapat jawatan Senator," katanya.
Azmin ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau akan mencadangkan kepada parti supaya mengadakan sistem iaitu mengutamakan kesetiaan sebelum boleh beratnding.
Katanya, dua tahun pertama setelah menyertai PKR adalah untuk melihat dan menguji kesetiaan.
"Selepas dua tahun barulah mereka bertanding jawatan parti, mungkin cara ini lebih baik kepada parti," katanya.FMT

3 ulasan:

Drebar Lori berkata...

Betul tu saudara Azmin. Ketika awal perjuangan ada antara kawan-kawan kita yg cedera fizikal hatta ada yang lumpuh sepanjang hayat. Ketika berdemontrasi di jalanan September 1998,kita diherdik dan disimbah air asid. Kita bukanlah golongan orang- orang besar tetapi adalah kalangan orang biasa...pemandu teksi, guru, pemandu lori dsb. Ketika itu kita faham benar makna reformasi dan kita berharap sungguh pemimpin kita DSAI akan menterjemahkan reformasi itu ke bentuk 'penyusunan dan pembaikan semula cara pemerintahan negara.
Laungan reformasi amat menggegarkan.
Namun sayang, setelah sedikit kemenangan dianugerahkan kepada kita pada 2008, laungan reformasi menjadi kian pudar. Ada rakan- rakan yg pada awalnya adalah penggerak dan penyusun strategi ketika demontrasi dulu rasa tersisih. Sementelah itu kemasukan gerombolan yang disifatkan sebagai ahli bijak pandai telah dengan angkuh dan sombong tidak mengiktiraf perjuangan awal golongan reformist.
Golongan bijak pandai ini hanyalah ahli politik yang pandai menyambar peluang. Tidak ada didalam dada dan fikiran mereka perkataan Perjuangan, Reformasi, Kesetiaan dan Pengorbanan.
Nasihat saya, sementara masih ada waktu ini...DSAI bersama pemimpin- pemimpin reformasi '98 mesti turun padang semula. Gegarkan semula semangat reformasi.

reformis jalanan berkata...

Ambo sokong kenyataan drebar lori,golongan oportunis kini semakin ramai dalam PKR....

Pejuang Sejati berkata...

Mereka muncul setelah PKR dianugerahkan dengan sedikit kemenangan.Mana mereka ketika kita dihambat FRU,ketika kita bertempiaran ditembak dengan gas pemedih mata...mereka bukan gobala mereka bukan tian chua bukan juga saifuddin nasution...siapa mereka...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....