Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 2 Oktober 2010

Biadab !!! Celupar !!! Tok Guru Nik Aziz Gila,Kata Penceramah Umno Yang Mengaku Tok Guru

Dr Azman Ibrahim

Seumur hidup saya tidak pernah menghadiri sebarang program ceramah Umno dan tidak pernah berminat untuk curi-curi dengar ‘klentong’ penceramah-penceramah upahan mereka. Tapi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari menyampaikan kuliah maghrib dan menziarahi kematian di Jabi, hati saya tergerak untuk berhenti seketika di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, lokasi ceramah Umno yang kalau mengikut poster yang tersebar bertajuk ‘DAP Anti Islam’. Entah apa relevannya tajuk ini sedangkan Besut yang menjadi lokasi ceramah ini tidak mempunyai walaupun setengah cawangan DAP. Tambahan pula Najib sendiri menawarkan diri kepada Obama untuk mengatasi masalah Islamophobia, tiba-tiba Idris Jusoh menganjurkan ceramah untuk mengapi-apikan sentimen agama dan menyemai kebencian kepada penganut agama lain. Penceramahnya: Idris Jusoh, Alwi Che Ahmad dan seorang yang bernama Abdullah Sa'amah. Saya tidak mengenalinya walaupun dikatakan dia Tok Guru Pondok Genting, Tumpat. Pernah terlihat nama dan gambarnya bersama-sama pemimpin-pemimpin Umno di poster-poster ceramah anjuran Umno Kelantan tetapi saya tidak begitu ambil pusing. That’s not my business. Ketika saya tiba ‘Tok Guru’ ini sedang berceramah.

GAMBAR - Abdullah Sa'amah, berhati-hati kalau terjumpa dengan dia ni, takut penyakit 'gilo' dia mari...

Entah berapa upah yang diterimanya malam tadi sehingga begitu bersemangat sekali ‘Tok Guru’ ini berceramah diiringi paluan gendang oleh budak-budak Umno (saya tak pasti pemuda atau putera Umno yang berbaju lambang dacing memenuhi satu kanopi sebagai pasukan sorak dan gendang). Di atas pentas kelihatan beberapa pemimpin Umno tempatan tersenyum kelat dan tertawa, entah kerana lucu atau mentertawakan hujah-hujah dangkal penceramah upahan ini. Trade mark kepada penceramah ini adalah perkataan ‘gilo’ (gila). Tak kurang dari 30 kali perkataan ‘gilo’ diulanginya untuk mengutuk PAS dan PKR. “Baso gilo”, “puak-puak gilo”, “jenis gilo”, “orang gilo”, “Nik Aziz gilo”, “gilo nok jadi PM”, “menate gilo”, “kena masuk hospital gilo”, “penyakit gilo”, “pemimpin gilo” dan macam-macam lagi jenis ‘gilo’ yang diulang-ulang sebut. Sehingga saya mari terfikir, gilakah ‘Tok Guru’ ni?
Rupanya benar sebagaimana pernah dikhabarkan seorang sahabat dari Dewan Pemuda Pas Kelantan bahawa ‘Tok Guru’ ini pernah ‘berfatwa’ dalam satu ceramahnya di atas pentas UMNO di Tumpat. “Tuan-tuan sokonglah Umno. Ambo beri jaminan siapa yang sokong Umno, dia akan selamat dunia akhirat.” Begitulah taksubnya ‘Tok Guru’ ini dengan Umno. Semalam dia kata “kita kena lawan puak-puak gilo ni (PAS dan PKR). Melawan puak gilo ni adalah jihad di jalan Allah. Nik Aziz kalu tak pandai memerintah, turun! kalu tak dak ore nak ganti, biar ambo ganti. Ni Tok Guru Haji Loh, Tok Guru hok Sengoti.” Ujarnya angkuh. Sekali lagi terdetik di hati saya, gilakah ‘Tok Guru’ ni?

Malangnya Umno, kerana terpaksa mempergunakan khidmat manusia sebegini untuk meraih sokongan. Saya cuba meneliti kalau-kalau ada hujah beralaskan fakta yang dikemukakan, tapi ternyata sekadar tin kosong, yang mengambarkan butanya penceramah ini dengan fakta sebenar atau dia sengaja membutakan mata demi RM yang mengalir ke dalam poketnya. Intipati ceramahnya cuba untuk mengambarkan khianatnya PAS dan PKR bersekongkol dengan DAP untuk menghakis hak orang Melayu Islam di Negara ini. “Puak-puak ni memang gilo, beri tanah kepada orang Cina, bantuan kepada Sekolah Cina. Sekolah Melayu bakpo tak bantu. Kita nak kata apa lagi kalu bukan kerja gilo.” Seranah ‘Tok Guru’ ni lagi disambut paluan gendang dan tepukan hadirin. Mungkin tak sampai maklumat kepada dia, Umnolah yang bertanggungjawab menghentikan bantuan kepada SAR. Kerajaan Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab memberikan semula bantuan kepada SAR termasuklah Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang dikatakan kerajaan kafir harbi. Masih saya ingat, Saudara Misbah, bekas Setiausaha Politik MB Perak memaklumkan bahawa Dato’ Ngeh Kho Ham, Pengerusi DAP Perak telah mencadangkan di dalam satu mesyuarat EXCO supaya diluluskan pemberian tanah 100 ekar kepada Pondok Pok Teh, Pengkalan Hulu supaya boleh diusahakan dan menjadi sumber ekonomi kepada pusat pengajian Islam ini. Sedangkan Allahyarham Pok Teh, Tok Guru Pondok ini yang telah kembali kerahmatullah beberapa hari lepas telah belasan tahun memohon tanah tersebut dari kerajaan Umno tetapi tidak dilayan, padahal Pok Teh adalah ahli majlis fatwa Negeri Perak. Disamping kerajaan PR Perak telah memberikan hak milik Tanah kepada orang Cina, penduduk Kampung Baru yang dah hampir 2 generasi tinggal di situ tanpa dapat hak milik, Kerajaan PR Perak juga telah mengurniakan hak milik tanah kepada orang Melayu di Kampung Tersusun dengan jumlah yang jauh lebih banyak berbanding kepada orang Cina.

Buku Sejarah Melayu Tingkatan Lima dibawanya dan ditujukkan kepada hadirin, “inilah dia rujukan Perlembagaan Malaysia yang telah dipertahankan oleh Umno puluhan tahun tapi dirosakkan oleh DAP, PAS dan PKR.” Disambut dengan tepukan dan paluan gendang pemuda Umno. Saya sekadar ketawa di dalam hati. Kenapa Idris Jusoh tak bekalkan dia Buku Perlembagaan yang sebenar walaupun sekadar untuk ditunjukkan kepada hadirin sebab kalau baca pun belum tentu dia boleh faham. “Pemimpin Umno adalah Hang Tuah yang mempertahankan orang melayu, DAP ni kafir harbi yang menentang Negara Islam. Pemimpin DAP kata, nak tubuh Negara Islam, langkah mayat dia dulu! Gilonya pemimpin PAS sehingga baca doa untuk orang kafir harbi dalam khutbah Jumaat. Memang gilo sungguh!” Ujarnya, mungkin merujuk kes doa untuk YAB Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang yang dah diperjelaskan secara panjang lebar, bagaimana hukum berdoa untuk orang bukan Islam dan dah lama selesai. Saya tidak berminat untuk mengulanginya lagi. “Kalu kita lok (biar) Negara kita kepada puak-puak gilo ni, jawabnya orang Melayu akan jadi serupa Melayu Singapura. Hilang dari muka bumi.” Akhir sekali dia ‘berwasiat’. “Kita kena beri sokongan padu kepada Dato’ Seri Idris, Dato’ Abdullah Mohd Zain dan pastikan puak-puak gilo ni tak dapat walaupun satu undi dalam pilihanraya akan datang.”

Astaghfirullah, begini sekali rendahnya akhlak dan peribadi ‘Tok Guru’ ni dan butanya dia dengan maklumat semasa. Nak banding dengan Tok Guru Nik Aziz yang dikatakannya ‘gilo’, jauh bumi dengan langit.

Moralnya, hinanya manusia yang menjadi penjilat kebatilan.

drazmanibrahim.blogspot.com/

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hantar je beberapa petugas untuk sentiasa memantau orang ni... 24 jam selama sebulan. Tengok kelaku tok guru ni, dengan siapa dia jumpa, apa dibuat, kebaikannya, keburukkannya, apa yang dimakan, diminum, tidurnya, mandinya. kenderaan yang diguna, amalan-amalan yang dibuat... catat semuanya. Kemudian kita nilai sama ada dia 'tok guru' atau 'gila nak jadi tok guru'.

JunohTakBai berkata...

Ini manusia dinamakan abdullah sampah, mengaku tok guru pondok, tok guru anti Wahabi.
Siapa panggil dia tok guru?. UMNO yang panggil dia tok guru.
Bila pula malaon ni belajar?, aku pun tak tahu, tiba-tiba pakai serban, pakai tongkat, mengaku tok guru.
Dia alim belajar di Mekah?, porrah mana sijilnya, dia belajar di masjid haram! jangan tipuuuuu! kerajaan saudi dah tutup tempat belajar di masjid haram,
Bukan masjid haram, tapi masjid atas bukit jiyat!
kah kah kah! jangan tipu org cerdiklah, tiada apa dijiyak kecuali dua buah suaru, bukan tempat belajar, ada kuliah untuk mengisi masa lapang aje.
Lepas tu belajar dimana?. yes! belajar dengan cicak dan burung layang-layang.
Ada pondok di genting, anak murid ramai?! ini tipu juga, pondok genting tempat beliu mengajar tu, tempat rehat orang-orang tua sebelum mati, lebih kurang rumah orang tua aje, yang inilah jadi murid-muridnya,
Bukankah ada anak murid yang muda-muda?
kah kah kah, jangan nak tipu melayu, murid yang muda tu budak-budak tak lulus PMR, atau yang mengacau di kampong, bosan masukkan ke pondoknya. Bukan nak hina, nak dedah taik tok guru ni.
Kononya lawan Wahabi, tapi TGNA yang disumpah seranah,"lama ke aku katak dgn tongkat ni menate aziz". Orang seperti abdullah ni betul-betul sama dengan nama bapaknya SAMPAH.
Jangan lawan ulamak nanti mati jadi babi!! kepala otak kau.

Unknown berkata...

Salam

Kalau benarlah begitu tutur katanya, maka sahlah dia ada 'lesen' Sakit Otak!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....