Malaysia menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri dan Polis Indonesia berikutan kerosakan yang dilakukan oleh penunjuk perasaan terhadap harta benda Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan, Isnin.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afzaruddin Syed Hassan berkata beliau dukacita dengan kejadian itu terutamanya pihak polis Indonesia yang gagal melindungi harta benda kedutaan itu daripada dirosakkan oleh penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan itu hari ini.
“Jika mereka ingin mengadakan demonstrasi di luar kedutaan itu, silakanlah kerana mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian, namun mereka tidak harus merosakkan harta benda kedutaan.
“Pihak polis Indonesia didapati tidak mengambil tindakan menghalang penunjuk perasaan daripada melakukan kerosakan-kerosakan itu,” katanya di sini petang ini.
Syed Munshe Afzaruddin berkata dalam kes hari ini, polis Indonesia didapati gagal melindungi harta benda pejabat perwakilan asing sebagaimana yang diperuntukkan oleh Konvensyen Vienna.
Duta Besar Malaysia itu turut menyampaikan rasa kecewa beliau secara lisan kepada seorang wakil polis Indonesia, yang masih berada di luar Kedutaan Besar Malaysia selepas para penunjuk perasaan itu bersurai.
Para penunjuk perasaan juga enggan menanggalkan bendera kumpulan itu serta bendera merah putih, yang dipasang di atas pintu pagar kedutaan besar itu.
Dalam demonstrasi yang berlangsung selama kira-kira sejam, sekumpulan 80 penunjuk perasaan dari kumpulan Laskar Merah Putih telah bertindak agresif mencungkil beberapa huruf tembaga pada plak batu marmar yang mencatat nama Kedutaan Besar Malaysia dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Asean Jakarta.
Mereka turut mengotorkan tulisan itu dengan lumpur longkang selain memanjat sambil menggoyang-goyangkan pintu pagar kedutaan itu dan berdiri di atas tembok pintu pagar serta bumbung pondok pengawal keselamatan di pintu masuk utama ke kedutaan besar itu.
Demontrasi itu diadakan bagi membantah tindakan Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia di perbatasan perairan Malaysia dan Indonesia berhampiran Kepulauan Riau, Indonesia Jumaat lepas.
Para pegawai penguatkuasa itu ditangkap ketika dalam proses menahan tujuh nelayan Malaysia yang didakwa menceroboh perairan Indonesia.
Ketujuh-tujuh nelayan Malaysia itu masih ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia.
Pagi ini, Syed Munshe Afzaruddin telah mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia Fadel Muhammad dan Ketua Suruhanjaya I Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia mengenai Hubungan Luar Negeri Kemal Aziz Stamboel bagi membincangkan perkembangan kes itu.
Pada pertemuan itu Malaysia dan Indonesia, katanya, sepakat untuk menyelesaikan masalah itu dengan cara terbaik agar hubungan baik dan akrab antara kedua-dua negara dapat terus dipelihara.
Fadel telah meminta agar ketiga-tiga pegawai penguatkuasa kementerian beliau dapat segera dilepaskan bagi mengelakkan isu itu daripada berlarutan sehingga ke dewan perwakilan rakyat Indonesia.
“Sebagai Duta Besar, saya telah melaporkan hasil kedua-dua perbincangan itu ke Kuala Lumpur.
“Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Indonesia Dr Marty Natalegawa telah juga berhubung antara satu sama lain hari ini untuk membincangkan cara penyelesaian terbaik,” katanya.
Dalam pada itu, Indonesia bersetuju untuk membebaskan tujuh nelayan Malaysia yang ditangkap oleh petugas Kementerian Kelautan dan Perikatan Indonesia Jumaat lepas kerana dikatakan menceroboh perairan negara itu.
Kementerian Luar dalam kenyataannya hari ini memaklumkan persetujuan itu dicapai hasil perbincangan Menteri Luar kedua-dua negara yang turut menyaksikan persetujuan Malaysia untuk melepaskan tiga petugas Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia yang ditahan Pasukan Gerakan Marin Malaysia dalam insiden yang sama.
Anifah dan Marty dalam perbincangan mereka bersetuju agar perkara tersebut diselesaikan secara baik dan segera.
“Kesemua mereka akan dibebaskan setelah keterangan selesai diambil,” demikian menurut kenyataan itu lagi. — Bernama

1 ulasan:
Agaknya ramai rakyat Indonesia tak tahu ada hampir 2 juta warga mereka mencari rezeki dinegara ini.Ada yang punya dokumen perjalanan dan juga pas kerja dan ramai yang tak ada apa-apa.Ramai juga yang sudah ada IC Biru - tak tahu bagai mana mereka boleh dapat dengan cepat dan ramai yang sudah menjadi penduduk tetap.Sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia membuat tapisan yang ketat mengenai pemberian IC Biru ni dan membanyakkan serbuan untuk menangkap pendatang tanpa izin ni untuk dihantar pulang kenegara masing-masing.Kawalan pantai wajar diperketatkan agar tiada yang senang bolos masuk.Tidak ada gunanya bersimpati kepada mereka yang tak tahu mengenang jasa.DBKL wajar membersihkan KL dari pekedai,peruncit,pemborong dan peniaga Indon.Warga Malaysia yang menjual,,mengadaikan lesen dan menyewakan tempat berniaga kepada Indon wajar diambil tindakan.
Catat Ulasan