Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 8 Jun 2010

Konsensus Bebas Wakili Suara Siapa Di Parlimen?


KUALA LUMPUR : Lima bekas Ahli Parlimen PKR semalam mengumumkan penubuhan 'Konsensus Bebas' yang tidak memihak mana-mana parti, berkecuali dan kononya efektif.

Mereka terdiri dari Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru). Layakkah mereka gelar diri mereka sebagai kuasa ketiga?

"Menjadi persoalan dikalangan rakyat, 5 orang ini mewakili siapa. Kini mereka bukan mewakili mana-mana parti, tapi mereka menang atas tiket parti.

"Rakyat yang mengundi mereka kerana tiket parti. Saya tak nafikan bahawa ada juga pengundi mereka yang sokong kerana faktor mereka secara individu. Tapi 5 orang ini tak berani nak kata bahawa mereka menang pada 2008 adalah hasil dari faktor peribadi mereka 100 peratus," kata Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam kenyataannya.

Beliau berkata, jika terdapat di kalangan mereka berkata begitu, beliau mencabar untuk buktikan dengan mengumpulkan tanda tangan sokongan dari pengundi mereka yang jumlahnya sama banyak dengan undi yang mereka dapat pada 2008.


Jika mereka mampu kumpulkan tandatangan sokongan itu, mereka boleh terus jadi MP. Jika tidak baik letak jawatan sahaja.

"Saya boleh terima kalau mereka sekarang mengatakan mereka tidak mahu memihak mana-mana parti. Tapi bagi saya, amat lucu jika mereka kata mereka berkecuali. Sebab ini sama sekali bertentangan dengan motto ketiga mereka iaitu efektif," kata beliau lagi.

Herman mempersoalkan bagaimana mereka boleh menjadi efektif sekiranya mereka mengambil pendekatan berkecuali kerana apabila wujud satu-satu isu yang dibangkitkan di Parlimen, mereka perlu menunjukkan pendirian sama ada menyokong atau tidak menyokong.

"Jika mereka berkecuali, bermakna mereka tak buat kerja. Tidak Efektif. Baik letak jawatan sahaja dari biarkan kerusi itu jadi kerusi yang tidak berguna," tegas beliau.

Herman berkata, mereka tidak seharusnya mengambil duit rakyat jika tidak mampu melakukan sebarang kerja.

"Mereka kata mereka nak bawa isu rakyat ke Parlimen guna kedudukan yang ada.

"Tapi mereka jangan lupa. Isu rakyat yang dibawa perlu ada kekuatan. Bukan setakat kekuatan hujah sahaja, tapi perlu ada pihak-pihak yang menyokong. Siapa mahu sokong mereka kalau mereka sendiri bawa usul kemudian berkecuali," soal beliau.

Bagi Herman, mereka sendiri kabur dengan hala tuju mereka di dalam Parlimen ketika ini. Mereka sendiri tidak tahu mahu membawa agenda apa.

"Mereka tidak ada visi dan kini mereka pakat-pakat duduk dalam Konsensus Bebas.

"Apakah dengan duduk dalam konsensus ini mereka boleh kata mereka bebas dan berkecuali. Bukankah konsensus ini satu pakatan Politik," soal Herman lagi.

Herman mempersoalkan di mana sikap berkecuali mereka yang mahu menubuhkan konsensus.

sejauh mana konsensus ini mampu menyatukan mereka. Pasti ada isu yang mereka akan bertembung.

Sebagai contoh, dalam isu mengaitkan penggunaan nama Allah. Zulkifli Nordin yang menentang pengunaannya oleh bukan Islam pasti tidak akan dapat sokongan Wee Choo Keong dan Tan Tee Beng.

Bagi Herman, mereka sesama sendiri akan bertelagah dan tidak mampu untuk bersatu kerana sama-sama ego dan tidak mempunyai pendirian yang tetap.

Malah kebebasan mereka juga akan menjadi persoalan kelak.

"Dan akhirnya rakyat di kawasan mereka yang menjadi mangsa. Mereka berlima masuk Parlimen jadi macam Ibrahim Ali. Gigit sana sini, maki semua parti, Yang betul hanya mereka berlima sahaja. Tapi adakah cukup dengan mereka berlima untuk mengubah apa-apa dasar negara yang dibentangkan parlimen.

"Mengikut rekod kehadiran, mereka bukan tiap-tiap hari persidangan duduk dalam dewan. Sesekali ada mereka ada juga yang 'mengular' ke mana-mana. Kalau undi dibuat, belum tentu mereka jadi penentu. Sebab keadaan sekarang tidak begitu memerlukan mereka sebagai penentu.

"Itu pun hanya bagi isu yang dibawa Kerajaan dan Pakatan Pembangkang. Tapi kalau isu yang mereka bawa, nak dapat sokongan 1/3 dewan pun payah. Jangan harap nak dapat 2/3 pula," kata Herman lagi.

Beliau membuat kesimpulan, mereka kini cuba bermain wayang. Mereka dilihat terdesak membuat pelbagai konsensus, gabungan dan apa sahaja kalangan mereka yang akhirnya hanya menunjukan mereka kina sudah buntu dan tidak berguna. Erapakatan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

5 ekor katak ni(tak termasuk Bapak Katak,Brahim Ali)bertanding atas nama parti bukan bertanding atas tiket BEBAS.Tak payah nak kutip tanda tangan,buang masa saja.Desak saja mereka letakkan jawatan dan bertanding semula atas tiket BEBAS atau UMNO.Nak tengok kalau mereka ada te...untuk buat sedemikian.Jangan harap mereka ni bebas,mereka sudah telan banyak duit UMNO.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....