Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 9 Februari 2010

Saiful Dakwa Terima Ancaman " BUNUH "


KUALA LUMPUR, Feb 9 —  Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pengadu dan saksi pertama kes liwat ketua pembangkang itu membuat laporan polis dia menerima ancaman bunuh menerusi rangkaian sosial Facebook.
Menurut Saiful Bukhari (gambar) seorang yang bernama ‘Anaz Zahari’ telah mengugut dia dengan memuatkan satu kenyataan pada ruangan Facebook peminat Anwar.
Mesej itu berbunyi, “ANAZ ZAHARI: Kepada kawan-kawan... sesiapa yang tahu atau berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana, adalah wajib untuk membunuh, menggunakan apa jua cara sekalipun demi keamanan manusia...”
Saiful berkata dia menerima maklumat itu menerusi satu emel daripada sumber yang identitinya tidak mahu diketahui.

Dia membuat aduan di balai polis Sentul hari ini.
“Saya menerima satu emel daripada individu tidak dikenali malam tadi memaklumkan mesej itu yang dimuatkan pada Facebook peminat Datuk Seri Anwar,” katanya selepas membuat laporan polis.
Dia kemudian menunjukkan kepada wartawan salinan mesej itu.
Bagaimanapun menurut Saiful, kenyataan itu telah dikeluarkan kemudian dari ruangan tersebut.
“Saya ingin menyatakan bahawa ini adalah ugutan bunuh kepada saya dan ini adalah ancaman yang serius.
“Saya bimbang dengan keselamatan diri saya dan keluarga saya,” katanya.
Dia juga meminta orang ramai tidak terlalu ghairah dengan butiran perbicaraan yang sedang berlangsung, sebaliknya bersabar dan tidak mengambil tindakan sendiri.
“Malah sejak dua hari lalu ada beberapa gangguan ke atas rumah saya.
“Setiap kali saya meninggalkan rumah saya akan ada buah yang busuk di hadapan rumah saya,” kata Saiful mendakwa ia kemungkinan satu bentuk bahan ilmu hitam.
Ini bukan kali pertama Saiful atau keluarganya berhadapan dengan ancaman sedemikian.
Pada 1 Feb lalu, bapanya Azlan Mohd Lazim membuat laporan polis kerana menerima emel “provokatif”.
“Saya menerima 50 SMS sepanjang tiga hari lalu yang berunsur provokatif,” kata Azlan yang turut ditemui di pekarangan balai polis bersama peguam Saiful Zamris Idrus.TMI

1 ulasan:

merah berkata...

BAGUS SAIFUL...BIAR DEPA TAKOT SIKIT...HARAP POLIS TANGKAP MANGKUK TU SECEPAT MUNGKIN..MESTI SKRG NI MANGKUK TU TGH CARI TEMPAT MENYOROK..LAST2 SERAH DIRI KT KOTA BHARU..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....