Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 11 Februari 2010

Anwar beri amaran, MP Zul tetap mahu Pakatan ‘gugur’ DAP


KUALA LUMPUR, Feb 11 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dihadapkan kepada lembaga disiplin terus mengulangi kenyataannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) perlu mengkaji semula hubungan dengan DAP, salah satu komponennya atas sembilan alasan termasuk pendiriannya memperkenalkan konsep “Middle Malaysia” bulan lalu.
Zulkifli menyatakan pendirian itu meskipun semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PR berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan merujuk beliau kepada lembaga disiplin sekali lagi kerana mengkritik DAP dalam siaran langsung program Soal Jawab Isnin lalu.
Kata beliau tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 8 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, cauvinis, ekstremis dan diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman dalam PR.
“... dan bertentangan dengan dasar dan matlamat reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, khususnya oleh Datuk Seri Anwar,” katanya.

Malah menurut pemimpin PKR itu beliau mahu menemui Anwar untuk membincangkan kritikan terhadap dirinya.
“Saya yakin Datuk Seri Anwar akan memahami pendirian saya setelah pertemuan tersebut nanti, walau pun saya tidak menafikan, malah menghormati hak Datuk Seri Anwar sebagai ketua umum PKR untuk mengambil tindakan terhadap saya, sebagaimana saya juga berhak mengambil tindakan yang saya fikirkan perlu dan wajar.
“Apa pun, saya masih berpegang kepada kenyataan bahawa Pakatan Rakyat perlu mengkaji semula kedudukan dan kerjasama dengan DAP ini kerana pada pendapat saya kepimpinan DAP ini telah mula menjadi duri dalam daging bagi Pakatan,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.
Zulkifli berkata banyak pihak yang beliau temui sudah mula mencurigai DAP, dan “merasa muak dan loya dengan sikap mereka yang seperti kaduk naik junjung”.
“Nampaknya saya memegang rekod akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin serentak dengan dua dakwaan yang berbeza.
“Belum pun terima pertuduhan kes kalimah Allah, dah nak kena pulak pasal isu DAP.
“Saya tidak bercadang untuk membuat apa-apa komen kerana saya akan bertemu dengan Datuk Seri Anwar sendiri untuk membincangkan kritikan saya terhadap DAP tersebut,” katanya.
Zulkifli berkata, banyak tindak-tanduk kepimpinan DAP jelas membuktikan mereka memang bersikap angkuh, sombong, cauvinis, ekstremis, diktatorial dan, meminjam kata-kata Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berfikiran ala komunis.
“Dan yang paling peliknya, sehingga kini tiada sebarang tindakan disiplin diambil terhadap kepimpinan DAP walaupun jelas sikap mereka membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka.
“Apakah kepimpinan DAP ini sudah menjadi golongan ‘untouchable’ sehingga menyebabkan keangkuhan mereka semakin menjadi-jadi mutakhir ini,” katanya.
Kata Zulkifli, sekiranya tiada tindakan tegas dan jelas diambil, rakyat akan menolak PR dalam pilihan raya akan datang.
Beliau juga mahu PAS, PKR dan Umno duduk semeja berbincang untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut politik yang bukan sahaja tidak menguntungkan mana-mana pihak, malah merugikan umat dan negara.TMI

1 ulasan:

dino.yp@gmail.com berkata...

jangan hangat2 tahi ayam sudah lah YB, lepas ni adegan peluk memeluk degan DAP.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....