Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 24 September 2009

Patuhi adab berjemaah dalam Parti | Nizar News


Oleh Roslan SMS

Dalam jemaah kita ada adab berjemaah sebagaimana dalam organisasi kita ada disiplin berorganisasi. PAS bertahan sekian lama lantaran teguhnya pegangan anggotanya pada nilai-nilai ini. Ikatan disiplin jemaah PAS adalah ikatan aqidah yang tidak mudah dirongkai

Sejak dari penubuhannya sehinggalah membentuk kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959, dari zaman awal penubuhannyake zaman Almarhum Dr Burhanuddin ke zaman Asri, Yusof Rawa,sehingga kini PAS jatuh dan bangun namun kekuatan ini terus padu, inilah yang digeruni musuh dan dihormati lawan.

Jika tiada kekuatan ini, pasti PAS tidak dapat bertahan sebegini lama dalam menjuarai dan meneroka liku-liku perjuangan Islam yang mulia ini.

PAS berdiri taat di belakang pemimpinnya dalam keadaan senang ataupun susah kerana adab berjemaah mengajar kita demikian. Ketaatan itu hanya putus apabila pemimpin tadi memimpin bertentangan dengan syarak Sebagaimana Rasulullah saw bersabda:

“Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang membawa kedurhakaan kepada Allah yang maha mencipta.”

Saidina Omar al Khatab di dalam khutbahnya ada berkata:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Sekiranya aku bertindak betul, maka perteguhkanlah aku. Sekiranya aku bertindak salah maka perbetulkanlah aku. Taatilah aku jika aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya aku khianat, maka tiada taat ke atasku daripada kalian semua.”

Malah Rasulullah saw juga bersabda (yang lebih-lebih terkena atas kita selaku jemaah Islam):

“Barangsiapa mentaati pemimpin, maka dia mentaati aku dan barangsiapa menderhakai pemimpin, maka dia menderhakai aku.”

Teguran Dato Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor terhadap SELCAT atau Select Committee on Competence, Accountability and Tranparency baru-baru ini bukannya bermaksud mahu menggugat kerajaan negeri, bukan juga kerana mahu SELCAT itu dibubarkan, tetapi ia dibuat apabila beliau berpandangan yang beberapa kaedah yang digunakan oleh badan itu kelihatan agak kasar dan keterlaluan dan perlu diperbaiki. Ianya dibuat untuk meneguhkan imej kerajaan negeri agar rakyat, kakitangan kerajaan dan semua pihak memandang kita dengan penuh hormat dan kasih-sayang.

Kita tidak mahu bermusuh dengan sesiapa, kita mahu bawa kebaikan. Kita dipilih rakyat kerana BN dahulu tidak baik. Lalu kalau kita sama seperti mereka maka rakyat nanti akan kecewa dan tidakmustahil kita nanti ditolak.

SELCAT adalah satu badan bikinan Dewan Negeri Selangor. Ia bukan malaikat dan bukan lebih besar dari kerajaan negeri. Ia boleh ditegur dan boleh diubah-suai demi kebaikan kerajaan negeri.

Teguran Dato Hasan boleh diterima, boleh dibincang dan boleh juga ditolak. Tetapi janganlah pertikaikan keikhlasannya, kita diajar menghormati pandangan orang lain. Saya kecewa apabila Speaker Dewan Selangor melenting dan mempertikaikan kepakaran dan pengalaman Dato Hasan ekoran teguran berkenaan.
Tetapi saya lebih kecewa apabila seorang ADUN PAS spontan mahu merujuk Dato Hasan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan kerana mengeluarkan teguran sedemikian. Sejak bila PAS mengajar ahlinya berbuat demikian? Apakah maksud ADUN berkenaan? Sila rujuk NST:

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20sal/Article/index_html

detikdaily

1 ulasan:

Unknown berkata...

semenjak bila pr berperangai seperti umno/bn ni??takkan ahli/penyokong/pemimpin dalam pr tak boleh kemukakan cadangan/nasihat/pandangan/berbeda pendapat dalam sesuatu isu..ini dah jadi macam umno/bn yang telah ditolak oleh rakyat dalam pru lepas kerana ruang demokrasi dalam umno/bn telah lenyap sama sekali..ini yang rakyat benci..amalan politik kediktatoran..seolah2 apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan dan kerajaan betul..tak ada ruang untuk bersuara..jika bersuara dan tak sehaluan terus diambil tindakan seperti mana yang dicadangkan oleh yb saari sungib untuk rujuk yb hasan ali ke jk hak dan kebebasan dewan..ini melampau..nasihat ikhlas saya kepada pr agar jangan mudah melenting dan kepanasan apabila ditegur..cuba bersikap terbuka dan jangan terlalu mengongkong..jgn wujudkan suasana tegang..apabila wujud sesuatu pertembungan dalam pr, musyawarahlah dengan baik..jangan duk berperang dalam media..nampak jelek..seolah2 rakyat tgk pr dan bn tak de beza..lantas rakyat fikir lebih baik undi bn kerana bn sudah ada kerajaan..jgn buang masa lg undi pr..kan pr juga yg rugi..ingat misi kita untuk takluk putrajaya pd pru13 nanti..tunjuk imej baik sket la..malu, malu, malu aku jadi penyokong pr..orang umno yg nk masuk pr terus tukar fikiran tgk keadaan macam ni..tak ada kebebasan bersuara dalam pr..setiap pandangan atau cadangan yang keluar melalui media jangan dibalas/dijawab melalui media juga..celaru nanti..bawa dalam mesyuarat majlis presiden pr..bincang sesama kita jer..kan baru nampak harmoni..dah jadi pemimpin pun tak tau nak fikir lagi ker???ada yg dh jadi mb, exco, mp tapi bab macam ni pun tak tau nk fikir..buat penat jer kami penyokong pr berkempen setiap kali prk..kalau perangai pun sama macam umno/bn tak ada guna nya duk kempen lg..lebih baik kempen sokong umno/bn..fikir2 lah wahai pemimpin2 pr yang bijaksana sekalian..jangan buat rakyat jadi gelisah dek kerana perangai kalian yang tak ubah seperti umno/bn yang gilakan kuasa dan diktator...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....