Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 2 Julai 2009

USRAH MINGGUAN PAS BERIS PAK ABU...

Perbincangan isu semasa

Persaudaraan dalam perjuangan
Yang ni tak payah cerita he..he..he..

Salam sejahtera.Malam ini USRAH kami diteruskan seperti biasa.Walaupun naqib kami menguzurkan diri kerana ada program di peringkat kawasan tapi kami tetap meneruskan usrah,kerana bagi kami jika ianya ditangguhkan akan mencacatkan perjalanan yang kami tempohi selama bertahun tahun.Program USRAH ini adalah nadi perjalanan cawangan kami,disinilah kami berjumpa sekurang kurangnya seminggu sekali bagi mengeratkan persaudaraan dalam perjuangan kami.Disini juga kami berbincang tentang permasaalahan cawangan dan kampung kami.Kami telah sepakat walaupun hujan ribut,terpaksa merangkak sekalipun program ini akan kami teruskan tanpa mencicirkan walau seminggupun sehingga akhir hayat kami seperti kata pujangga alah bisa tegal biasa.Semoga citacita kami ini dimakbulkan ALLAH.Ini sajalah antara kamampuan kami, insan kerdil dibumi ALLAH , dalam mentarbiah ahli2 kami supaya terus komited dengan perjuangan PARTI ISLAM SEMALAYSIA.TAKBIRRR!!!!!.

Perbincangan malam ini lebih tertumpu kepada menambahkan tabung cawangan kami.Bermula esok kami sepakat bergotong royong menghasilkan batu bata untuk dijual.Menurut Ketua Cawangan sudah ada lebih kurang 2500 biji batu bata yang ditempah pelanggan. Segala peralatan sudah disediakan.Nampaknya kami terpaksa bekerja keras memenuhi tuntutan pelanggan.Kami juga bersetuju mengadakan majlis jamuan bulanan cawangan kami di Madrasah Hj Husin pada minggu hadapan. sepatutnya program diadakan pada minggu ini,tapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditunda.Antara tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan anak anak dan remaja kami menghadirkan diri berjemaah di madrasah.Disamping itu ianya juga dapat mengeratkan tali persaudaraan antara kami ahli2 PARTI ISLAM SEMALAYSIA.
SEKIAN SALAM DARI AMBO DAN WARGA UNIT USRAH PAS BERIS PAK ABU,jumpa lagi minggu depan.
P/S~Minggu depan usrah diadakan di Madrasah Hj Husin sempena Majlis Jamuan Bulanan PAS Cawangan Beris Pak Abu.

1 ulasan:

AL IMRAMM berkata...

HU..HU..AYOH AMBO PUNG ADO NAMPOK DALAM USROH TU..ILANG SKIT RINDU...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....